Keganasan rumah tangga: Salah siapa?

Secara tidak langsung, arahan “duduk di rumah dan jangan keluar” yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri diteruskan lagi untuk dua minggu yang mencabar fizikal dan mental. Episod ini akan terus mewarnai hidup kita selepas ini.

 

Ada apa dengan rumah?

 

Rumah seharusnya menjadi tempat yang paling selamat untuk seseorang mendapatkan perlindungan daripada segala ancaman. Rumah juga seharusnya menjadi suatu tempat yang signifikan dalam pembentukan rohani dan jasmani ahlinya lagi-lagi sempena PKP ini berlangsung.

 

Boleh nak dikatakan, ianya sebuah anugerah apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama tatkala pada hari kebiasaannya masing-masing sibuk dengan hal kerja semata-mata.

 

Namun begitu, terbit sebuah kegusaran yang ingin dibangkitkan oleh penulis melalui tulisan ini. Buat mereka yang didera, rumah bukan tempat berlindung tetapi umpama sebuah neraka dunia. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan dan kesakitan. Punah harapan masa hadapan.

 

Pegawai Advokasi dan Komunikasi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Tan Heang Lee berkata, data yang diterima dari 1 hingga 17 Mac 2020 menunjukkan secara purata harian, pihaknya menerima kira-kira 10.5 panggilan dan mesej WhatsApp setiap hari.

 

Hal ini jelas membimbangkan. Perintah berkurung ini menyukarkan lagi buat mangsa untuk mendapatkan bantuan kerana mereka tidak dibenarkan keluar. Paling minimum, hanyalah aduan melalui panggilan telefon semata-mata. 

 

Saranan buat YB Rina Harun dan kementeriannya

 

Justeru itu, amat penting untuk pihak Kementerian Wanita dan Keluarga yang dipelopori oleh YB Rina Harun menyediakan bantuan sewajarnya bagi melindungi mangsa-mangsa dera dan tidak hanya bergantung kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menangani isu penderaan.

 

Penderaan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada secara fizikal, seksual, psikologi, ekonomi dan pengabaian perkara asas. Mangsa kes penderaan ini tidak hanya melibatkan wanita meskipun ini antara golongan yang paling banyak menjadi mangsa, malahan kanak-kanak dan juga kaum lelaki boleh menjadi mangsa penderaan.

 

Masalah ini harus difikir secara klinikal untuk memastikan mekanisme jangka pendek dan panjang  sepanjang PKP ini merakyat kepada kumpulan sasar yang memerlukan bantuan. Agenda kerajaan, badan bukan kerajaan dan jiran tetangga harus lebih cakna mengenai perihal ini.

 

Cuba kita lihat beberapa inisiatif luar negara. Kerajaan Perancis misalnya telah menubuhkan pusat bantuan di kedai runcit dengan kod rahsia untuk membantu mangsa mendapatkan pertolongan.

 

Kerajaan Perancis turut menawarkan pembayaran penginapan bilik hotel untuk mangsa serta membuka pusat kaunseling ‘pop-up’ selepas kes keganasan rumah tangga meningkat mendadak pada minggu pertama ‘lockdown’.

 

Selain itu, di Taiwan, The Asian Network of Womens Shelters menawarkan seminar secara dalam talian (webinar) bagi membuat persediaan untuk melindungi wanita daripada keganasan rumah tangga.

 

Kenapa kes penderaan meningkat sepanjang PKP?

 

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keganasan rumahtangga berlaku. Antaranya faktor ekonomi, stres dan pekerjaan.

 

Melihat kepada punca tersebut, dapat difahami mengapa boleh berlaku peningkatan kes keganasan rumah tangga sewaktu PKP iaitu antaranya pendera sentiasa berada bersama mangsa serta menghabiskan masa yang banyak bersama menyebabkan peluang untuk konflik berlaku adalah lebih tinggi, pengasingan sosial menyebabkan tiada saluran lain untuk menghilangkan stres.

 

Masalah kewangan serta ketidaktentuan masa depan menimbulkan konflik yang ketara dan persekitaran rumah yang tidak kondusif menyebabkan berlakunya rasa lemas apabila berada di rumah.

 

Kehilangan pekerjaan pada musim pandemik ini juga boleh menjadi punca berlakunya keganasan rumah tangga. Tidak dinafikan bahawa wabak COVID-19 telah melumpuhkan pendapatan ekonomi orang ramai terutama buat mereka yang bekerja sendiri dan pendapatan bergantung kepada gaji harian. Keadaan kian membimbangkan sekiranya PKP terus dilanjutkan.

 

Rentetan daripada kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku sekarang, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangka hampir 100,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan kesan daripada wabak virus COVID-19 yang semakin menular. Perkara sebegini merisaukan ramai karyawan yang bergantung pada pekerjaan mereka untuk menanggung perbelanjaan diri dan keluarga.

 

Keganasan rumah tangga akan memberi kesan buruk kepada kesihatan mangsa, sama ada secara fizikal atau mental. Kesan fizikal lebih mudah dikesan berbanding kesan mental. Hal ini kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar seperti kesan lebam pada anggota badan, luka atau patah tulang yang boleh menyebabkan kecacatan kekal atau kematian.

 

Manakala bagi kesan mental pula, ianya boleh menyebabkan mangsa mengalami kemurungan yang amat dahsyat dan mereka juga cenderung untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

 

Buat mangsa penderaan

 

Oleh itu, diharapkan agar mangsa-mangsa penderaan tidak terus berada dalam keadaan ‘denial’ jika berlaku penderaan terhadap diri mereka dan segera mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan NGO. Selain itu, mangsa juga diminta untuk tidak menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku kerana keganasan rumah tangga adalah salah pelaku, bukan mangsa.

 

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh mangsa adalah dengan membuat laporan polis di balai polis berdekatan atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Selain itu,mangsa juga boleh menghubungi Talian Kasih di nombor 15999.

 

Mangsa juga boleh mendapatkan bantuan daripada NGO seperti Women’s Aid Organization (WAO) dan Women’s Centre for Change (WCC). Penubuhan kedua-dua organisasi ini adalah untuk menyelamat dan membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga, mangsa penderaan kanak-kanak dan kes-kes rogol atau gangguan seksual. Mereka boleh dihubungi melalui talian 03-7956 3488 atau Whatsapp 018-988 8058 bagi WAO dan talian 04-228 0342 untuk hubungi WCC.

 

Justeru itu, bertindak segera agar ia tidak berlarutan dan memberi kesan yang lebih parah. Ini kerana, nyawa mangsa juga nyawa yang berharga dan berhak untuk hidup dalam keadaan yang baik dan selamat.

 

Kebiasaan kita lalui kian janggal buat kita semua. Terus bersabar dan kuatkan semangat buat rakyat Malaysia!

 

Penulis, Luthfi Yusri & Ajda Nuha merupakan aktivis Persatuan Belia HARMONI Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia