Premis Hiburan: Kenyataan IKRAM Kedah

Ia menggambarkan sifat Islam yang menghormati hak orang-orang bukan Islam sewaktu umat Islam berusaha untuk mempraktikkan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian khususnya pada bulan Ramadhan yang diberkati ini.

 

2.    Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Kedah menyeru semua pihak supaya menghormati keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang telah mengambil kira kedudukan agama Islam, hak rakyat Kedah yang berbilang bangsa dan agama selagi ianya tidak bertentangan dengan landasan syarak. IKRAM Negeri Kedah menyeru semua pihak supaya tidak mempolitikkan keputusan Kerajaan Negeri Kedah ini yang hanya akan menjejaskan imej Islam dan penganutnya.

 

3.    IKRAM juga mencadangkan supaya pengharaman ke atas orang Islam daripada mengunjungi tempat-tempat hiburan tidak dihadkan pada bulan Ramadhan sahaja tetapi meliputi juga bulan-bulan yang lain. Sepatutnya peraturan ini dilaksanakan bukan sahaja di Negeri Kedah tetapi juga di negeri-negeri yang lain jika sekiranya aktiviti hiburan yang dijalankan adalah bertentangan dengan batasan Syariah.

 

4.    Perlu ditegaskan bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada semua. Ia bukan satu agama yang menafikan hak orang lain apatah lagi bersifat diskriminatif. Islam tidak akan mengambil satu jalan yang menindas mana-mana kelompok dalam masyarakat. Ia bersikap adil dan menjamin semua pihak akan mendapat keadilan dan kesaksamaan.

 

5.    Dalam pada itu Islam juga menimbangkan sesuatu perkara berdasarkan kepada keutamaan dan kemaslahatan umum. Apabila bertembung antara kemaslahatan ramai (majoriti) dan hak sebahagian masyarakat untuk memenuhi kehendak mereka, maka kemaslahatan ramai akan diutamakan mengatasi kehendak kelompok yang lebih kecil.

 

6.    Pertubuhan IKRAM Negeri Kedah menyeru semua pihak supaya menghormati kedudukan agama Islam di negara ini dan kedudukan Sultan dan Raja sebagai ketua agama Islam serta tidak mempolitikkan isu ini bagi kepentingan mana-mana pihak.

 

Ustaz Rosli bin Yusuf

Yang DiPertua

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM),

Cawangan Negeri Kedah.

013-4206601

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia