Mudahnya Wanita Mengaut Pahala Ramadan – Wanita IKRAM

Wanita IKRAM ingin mengambil kesempatan kehadiran Ramadan tahun ini, mengajak umat Islam umumnya dan kaum wanita khususnya untuk sama-sama menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran dan berazam untuk memanfaatkan kelebihan yang ada padanya sebaik mungkin.

Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.”

Demikian maksud sepotong Hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a.

Umum maklum akan kelebihan dan keistimewaan Ramadan. Namun masih ramai di kalangan umat Islam yang tidak peka dan tidak merebut peluang keemasan yang Allah sediakan di dalam bulan yang mulia penuh barakah ini.

Ramadan mensucikan diri dari dosa, mengembalikan kita kepada fitrah, di samping peluang-peluang yang terbuka luas untuk kita, terutama kaum wanita mengaut pahala sebanyak-banyaknya.

Antara  peluang-peluang besar bagi wanita untuk mengaut pahala di bulan puasa ialah:


1. Menguruskan berbuka puasa.

Tidak kira di mana dan apa bangsa sekalipun, sama ada di bandar atau di desa, rata-ratanya wanita yang menyediakan makanan untuk berbuka puasa seisi keluarga. Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu).” (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)

Bayangkan berapa orang ahli keluarga di rumah anda dan sebanyak itu pulalah pahala puasa yang anda dapat jika anda menyediakan makanan berbuka untuk mereka. Ini termasuk hari-hari uzur anda di mana  anda tetap mendapat pahala puasa. Seeloknya sediakanlah makanan itu sekurang-kurangnya buah kurma dan air dengan duit sendiri.

Pasti pahalanya berganda, pahala menyediakan dan pahalan infaq. Bagi wanita yang tidak ada pendapatan, mulalah menyimpan untuk infaq pada tahun hadapan jika panjang umur. Kalau umur tak panjangpun, insyaAllah akan diberi pahala juga kerana telah berniat. Namun demikian perlu juga diingatkan supaya kita tidak berlebih-lebihan dan elakan pembaziran di dalam menyedialkan juadah berbuka.


2. Mengajak dan Menyediakan Sahur.

Seringkali seorang ibu, iaitu seorang wanitalah yang mengejutkan ahli keluarga untuk bangun sahur. Bersahur adalah antara sunat-sunat puasa yang besar pahalanya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.” (HR Al-Bukhari & Muslim)

Dengan mengajak dan membantu orang lain berbuat perkara sunat, iaitu perkara yang baik kita juga akan mendapat pahala orang yang melakukannya. Subhanallah.

 

3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam 10 terakhir Ramadan.

Ramai di kalangan wanita yang berkesempatan ikut beriktikaf di masjid bersama suami. Namun lebih ramai yang tidak berpeluang kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Sungguhpun begitu, wanita tetap berpeluang untuk meraih pahala dengan berniat untuk turut serta jika ada peluang. Dan dengan menolong menyiapkan keperluan suami pergi beriktikaf dan dengan menjaga ahli keluarga di rumah, kaum wanita akan tetap berkongsi pahala dengannya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan?

Perkara-perkara di atas hanyalah merupakan sebahagian sahaja dari peluang merebut pahala yang ditawarkan di bulan Ramadhan. Ianya tidak termasuk amalan-amalan fardi yang dilakukan oleh wanita itu sendiri seperti puasa, tarawih, baca al-Quran, berdoa, berzikir, menghubungkan silatul-rahim dan lain-lain. Peluang yang begitu besar Allah swt tawarkan dan tiada alasan untuk kita tidak merebutnya.

Adapun syarat untuk kita mendapat ganjaran hebat itu adalah:

1.   Beriman dan mentauhidkan Allah dengan semurni-murninya. Elakkan sebarang syirik yang nyata dan tidak nyata;

2.   Ikhlaskan niat dengan setulus-tulusnya. Jangan mengharap ganjaran atau pujian manusia; dan

3.   Betulkan amalan mengikut prinsip Syariat dengan selurus-lurusnya. Jauhkan bid’ah, ikut-ikutan atau beramal dalam kejahilan.

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia