Sentuhan ibu kian luntur dan kehadiran bapa sudah tidak dirasai – Wanita IKRAM

Natijahnya gejala keruntuhan akhlak semakin berleluasa dan ini memberi kesan negatif kepada pembinaan generasi yang bakal memimpin dan memimpin dan membangun negara. Statistik berikut jelas menunjukkan bahawa institusi keluarga sudah tidak lagi berperanan dalam membangunkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi dalam pembentukan ahli masyarakat.

  • Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan sebanyak 257,000 (2,500 kes sebulan atau 84 kes sehari) kes kelahiran tanpa bapa dalam tempoh 2000-2008
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mencatatkan 857 kes buang bayi sepanjang 2001-2010 dan 7,450 kes melibatkan jenayah renaja berusia antara 7 hingga 18 tahun sepanjang tahun 2010

Wanita Pertubuhan IKRAM, sebagai satu pertubuhan yang prihatin terhadap pembinaan masyarakat meyakini bahawa jalan keluar daripada permasalahan adalah dengan kita memperkukuhkan institusi keluarga secara holistik berasaskan ajaran agama, budaya dan nilai murni. Dengan ini kami kami menyeru supaya perhatian serius diberikan oleh semua pihak bagi menggerakkan usaha secara bersepadu dalam mengukuhkan institusi keluarga. Wanita IKRAM menggesa supaya:

1. Pihak ibu bapa mempertingkatkan komitmen untuk memberi keutamaan kepada pembangunan keluarga bagi mengembalikan keharmonian rumahtangga dan mewuudkan suasana yang kondusif untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak generasi akan datang agar menjadi ahli masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, nilai moral dan etika yang tinggi serta akhlak yang mulia dan dapat menjalani kehidupan berdasarkan tuntutan syarak.

2. Suami sebagai peneraju utama sesebuah keluarga perlu berperanan sebagai pembimbing, memberi didikan agama kepada ahli keluarga agar mereka terselamat daripada api neraka. Suami kuga tidak boleh lari daripada tanggungjawab menyediakan nafkah terhadap isteri dan keluarga bersesuaian dengan kelebihan yang dianugerahi Allah kepada mereka seperti firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin (dan pengawal yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta nereka.”

3. Tanpa menafikan hak wanita memilih untuk berkerjaya di luar rumah, seorang isteri dan ibu itu perlu menyedari bahawa tanggungawab utama sebagai pengurus rumahtangga kepada keluarga dan mendidik anak-anak tidak boleh diabaikan demi mencapai kemajuan kerjaya. Isteri perlu mentaati suami selagi mana ianya tidak melanggar hukum Allah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu bagi melahirkan keluarga bahagia dan mendidik anak-anak menjadi manusia berguna.

4. Persefahaman serta persepakatan bagi mewujudkan sistem sokongan yang baik di antara suami dan isteri amat perlu diusahakan bagi isteri yang memilih untuk berkerjaya agar tanggungjawab utama isteri dan ibu tidak terabai. Pemilihan kerjaya yang sesuai, menetapkan matlamat yang betul akan tujuan keluar bekerja dan memelihara maruah diri dan kemuliaan suami adalah eleman penting yang perlu dijaga.

5. Pembelaan kepada ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik serta anak-anak mereka perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak berwajib agar anak-anak mereka juga turut diberi peluang untuk membesar menjadi ahli masyarakat yang berguna pada masa hadapan. Usaha-usaha perlu dibuat bagi mengeluarkan mereka daripada kemelut kehidupan dan kemiskinan. Ahli masyarakat sekeliling juga perlu berperanan mengambil tahu hal dan kebajikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka yang berada dalam masyarakat setempat mereka.

6. Pihak majikan perlu peka terhadap tanggungjawab pekerja kepada keluarga mereka dengan mewujudkan sistem kerja anjal bagi membolehkan mereka memberi keutamaan kepada kebajikan keluarga dan bukan memberi penekanan kepada produktiviti organisasi semata-mata. pekrja yang mempunyai keluarga yang stabil dan terurus akan dapat menghasilkan produktiviti kerja yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai keluarga yang sentiasa bermasalah.

7. Setiap pembentukan polisi dan dasar Kerajaan antara lain seperti dasar pendidikan, pembangunan wanita, tenaga kerja dan penetapan gaji minimum, pengambilan pekerja asing, kesihatan dan keselamatan, rancangan pembangunan fizikal negara perlu meletakkan pengukuhan dan kesejahteraan institusi keluarga sebagai salah satu objektif utama yang perlu dicapai. Indikator yang bersesuaian perlu dibangunkan bagi mengukur pencapaian dan kesan pembangunan dasar-dasar ini kepada institusi kelauarga.

8. Unsur-unsur negatif yang boleh membawa kepada keruntuhan moral, kehancuran institusi keluarga perlu dikawal dengan tegas. Penyebaran dan paparan bahan-bahan pornografi, penganjuran program-program hiburan melampau yang boleh merosakkan akal pemikiran dan moral sama ada melalui media cetak atau pun elektronik perlu dibendung.

 

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim

Timbalan Ketua Wanita

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

019-3226800

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia