Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

Muzakarah Pembangunan Ekonomi cetus sinar baru ekonomi IKRAM

SERI KEMBANGAN – Dalam menjayakan visi menjadikan IKRAM sebagai sebuah organisasi yang kewangannya mandiri dan mempunyai kekuatan ekonomi, Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi (JKPE) IKRAM Pusat telah menganjurkan Muzakarah Pembangunan Ekonomi pada Sabtu lepas.

Anggota DERU 6 dan 7 paling ramai termasuk doktor, mahasiswa

KUALA LUMPUR – Misi DERU JIM-IKRAM diteruskan dengan menghantar 77 lagi sukarelawan ke Kedah dalam misi DERU 6 dan misi DERU 7. Konvoi kali ini disertai lebih ramai sukarelawan dari pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa IPT dan orang ramai.

Misi bantuan banjir DERU IKRAM-JIM bertali arus

KUALA LUMPUR – Bencana banjir di Kedah dan Perlis terus mendapat perhatian warga Malaysia yang memang dikenali prihatin. Pelbagai pihak termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berbondong-bondong datang ke dua buah negeri di utara Semenanjung itu untuk menghulurkan bantuan.

Isu Kristian: Cari penjelasan, jangan melatah

KUALA LUMPUR – “Apabila kita mendengar sesuatu berita yang mengejut atau menyangsikan, kita wajib bertindak matang dengan penuh hikmah. Ini berdasarkan konsep Islam ‘fatabayyanu’ iaitu, kamu carilah penjelasan”, demikian ulasan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom semalam.

Menurut beliau, selepas berita itu dipastikan kesahihannya, umat Islam perlu terus mengorak langkah dalam usaha ‘engagement’ untuk bersua kenal dengan tujuan membawa kefahaman Islam yang tulen hingga para penganut agama lain dapat memahami dan menghormati Islam.

Pelancaran BERSIH 2.0

PELANCARAN BERSIH 2.0

BERSATU MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA

“Ke Arah Pilihan Raya Bersih dan Adil”

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihan raya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan dalam masa yang sama memastikan misi Malaysia menjadi negara yang demokratik satu realiti.

KIMB sasar 5,000 pelanggan baru Kad Kredit-i Bank Rakyat

TAMAN MELAWATI – Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) menyasarkan 5,000 pemegang kad baru Kad Kredit-i Bank Rakyat menjelang hujung tahun ini, khususnya dalam kalangan ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Gejala zina, buang bayi harus ditangani secara holistik

KOTA BHARU – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kota Bharu dan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kelantan berpendapat bahawa gejala buang bayi yang semakin meningkat dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pergaulan bebas dan jenayah zina yang tidak ditangani sewajarnya.

14 sukarelawan VP5 selamat pulang ke tanah air

SEPANG – Ketibaan 14 warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan konvoi jalan darat Viva Palestina Kelima (VP5) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam disambut meriah oleh lebih 200 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Perlukah UPSR?


Semalam anak-anak Darjah 6 yang telah mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengambil keputusan masing-masing. Ada yang menanti penuh debaran dan ada juga yang tenang dan tidak kisah dengan apa yang bakal diperolehi.

Read More »

Rahmahlah dalam berdakwah

Kadang-kadang apabila mendengar tazkirah yang disampaikan oleh sesetengah penceramah, kita merasakan seolah-olah kita insan yang tidak berguna langsung di sisi Allah, kita ahli neraka yang tidak akan berpeluang mencium harumnya syurga.

Read More »

Membawa rahmat, penerang kegelapan umat


Rasulullah Salallahualaihiwasallam telah dilahirkan di tengah-tengah dunia Arab yang mana pada waktu itu memiliki kelakuan yang terburuk, mempunyai tindak-tanduk yang tidak dapat membezakan mereka sebagai manusia dengan makhluk yang lain. Mereka akan melakukan pelbagai perkara yang membawa kepada kerosakan.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia