Gelombang kedua COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata gelombang pertama COVID-19 di Malaysia, merangkumi 22 kes yang kesemuanya telah sihat dan dibenarkan pulang.

 

“Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua COVID-19 bermula pada 27 Februari.

 

“Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac, terdapat 28 kes positif COVID-19 iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50,” katanya pada sidang media COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, semalam.

 

Tambah Dr Noor Hisham, bagi gelombang kedua terdapat satu kluster COVID-19 yang melibatkan kes positif ke-26.

 

Kes positif COVID-19 ke-31 hingga kes ke-50 merupakan kontak rapat kepada kes positif yang ke-26, katanya lagi.

 

Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang telah dijalankan sehingga kini terdapat 215 kontak rapat kes positif ke-26 yang dikesan, katanya.

 

“Daripada jumlah kontak rapat itu, 16 kes dikesan positif COVID-19, 19 adalah negatif dan 180 menunggu keputusan,” katanya lagi.

 

Dr Noor Hisham berkata siasatan mengenai kluster ini masih diteruskan dan KKM berharap semua pihak dapat bertenang dan sentiasa bekerjasama, dengan memberi maklumat yang tepat apabila dihubungi dan dikenal pasti sebagai kontak rapat.

 

“Semua pihak diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam,” katanya lagi.

 

KKM dengan kolaborasi pihak swasta, akan menjalankan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah orang awam, yang ingin menjalankan ujian pengesanan COVID-19, di mana caj akan dikenakan oleh pihak swasta itu.

 

Pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan menyusul dalam masa terdekat, kata Dr Noor Hisham lagi.

 

Sumber: BERNAMA

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia