Kenyataan Media IKRAM Selangor: Pinjaman PTPTN di Unisel

Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpin Menteri Besarnya, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali serta jabatan dan agensi-agensi di bawah mereka, dalam menangani dan mengurus pendidikan dan pembelajaran di Negeri Selangor.

Usaha baik dan kesediaan membaiki mutu perkhidmatan pelajaran dan pendidikan di peringkat Kebangsaan, di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, kedua-dua Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi serta jabatan dan agensi-agensi di bawah mereka, sangat dihargai.

Bagi Pertubuhan IKRAM Selangor, perbahasan terhadap cadangan pendidikan tinggi percuma di Malaysia adalah amat menarik. Kajian dan penyelidikan teliti dan menyeluruh terhadapnya perlu disempurnakan oleh pihak berwajib untuk mencapai rumusan yang lebih menyakinkan.

Kajian ini perlu mengambil kira pandangan pakar-pakar bidang pendidikan, ekonomi, politik serta penggerak ratusan institusi dan NGO pendidikan berkaitan.

Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor terkejut dengan pengumuman awal oleh Menteri Pengajian Tinggi untuk membekukan pinjaman pelajaran PTPTN kepada pelajar UNISEL. Namun, sehari kemudiannya, pembekuan tersebut ditarik balik.

Pengumuman-pengumuman seperti ini tidak menggambarkan amalan terbaik atau “best practice” yang membanggakan, kerana ia melibatkan kepentingan rakyat khususnya ibu bapa dan para pelajar. Tidak juga menggambarkan kematangan politik pemerintah.

Selain itu, cadangan melaksanakan pendidikan tinggi secara percuma pula tidaklah semudah apa yang dicakapkan. Hakikatnya, kerajaan Selangor terpaksa membuat pinjaman lain untuk menampung kos pelajaran tinggi di UNISEL.

Namun Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor mengucapkan tahniah atas semangat yang tinggi untuk memastikan kelangsungan pendidikan tinggi, sama ada oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mencari jalan alternatif serta Menteri yang menarik balik keputusannya.

Penghargaan yang sama harus diberi kepada pelbagai agensi kementerian seperti PTPTN yang membantu pelajar dengan pinjaman pelajaran bagi meringankan beban ibu bapa, sambil isu siapa patut membiayai pengajian tinggi terus didebatkan.

Berdebat di televisyen demi mencari kaedah terbaik, adil dan menyeluruh bagi mencari penyelesaian kepada masalah rakyat adalah lebih baik daripada berbahas perihal skandal mana-mana ahli politik.  Oleh itu, tahniah kepada saluran media yang memberi ruang secara bijak.

Namun, Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor melihat keputusan membekukan pinjaman pelajaran kepada mahasiswa UNISEL baru-baru ini, dapat diambil  pengajaran. Keputusan tersebut amat kurang bijak kerana ia mencetuskan keresahan rakyat serta mencemarkan pendidikan dengan politik. Pendidikan tidak boleh dicemari kerana ia adalah masa depan anak-anak kita. Padanya mengandungi makna kehidupan.

IKRAM Negeri Selangor sebagai pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah ingin mengingatkan dengan kata-kata Saiyidina Umar al-Khattab RA:

Ajarkan anak-anakmu agar mereka dapat menjalani kehidupan pada zaman mereka”.

Pemimpin seperi Saiyidina Umar al-Khattab mahukan kita sentiasa mendidik anak-anak kita dengan penuh bertanggungjawab. Anak-anak adalah amanah buat ibu bapa, penjaga, pemerintah dan bukan pemeritah. Mendidik bukan sekadar untuk memberi sijil, kemahiran dan kerjaya tetapi pendidikan yang membawa mereka kepada kehidupan yang cemerlang pada zaman mereka.

Menjelang Pilihanaraya Umum ke-13 ini, IKRAM Negeri Selangor berharap agar sebarang perbezaan dalam memberi pandangan politik dapat dikawal dan diurus dengan baik dan matang. Semua ucapan dan tindakan pemimpin parti politik tidak boleh dilandaskan pada kebencian dan sentimen.

Sebaliknya, marilah kita membina masyarakat dengan menunjukkan contoh dan akhlak yang terbaik kepada generasi anak-anak seperti pesanan Khalifah Saiyidina Umar RA, teladan yang akan menguntungkan masyarakat, agama dan negara.


Profesor Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Yang Dipertua

Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia