Promosi sukan memanah tradisional di Kemboja

Lawatan Pengantarabangsaan dan Silang Budaya Malaysia-Kemboja 2020 itu disertai seramai 14 orang ahli rombongan yang terdiri daripada wakil Sekretariat KRS MUSLEH, jurulatih MeTra, pelajar dan guru pengiring.

 

“Antara fokus utama lawatan ialah untuk membina hubungan, mempromosi salah satu warisan nusantara iaitu memanah tradisional dan mengadakan aktiviti silang budaya,” kata ketua rombongan, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa.

 

Kehadiran rombongan disambut oleh Mufti Kemboja, Okhna Hj Kamaruddin Yusof dan mereka dibawa melawat ke sebuah sekolah di bawah pentadbiran pejabat Mufti Kemboja sendiri iaitu Madrasah An-Nikmah, Phnom Penh.

 

Di sana, pasukan pemanah MeTra telah menunjukkan kemahiran mereka menggunakan busur dan anak panah dalam beberapa bentuk formasi iaitu berdiri, melutut dan sambil berjalan.

 

Para pelajar madrasah ini kelihatan begitu teruja dengan persembahan tersebut, apatah lagi mereka diberi peluang untuk mencuba membuat panahan di bawah bimbingan jurulatih dan pelajar MeTra sekali gus berinteraksi dengan rombongan walaupun agak terhad kerana masalah bahasa.

 

“Saya sangat tertarik dengan aksi panahan yang dipersembahkan terutamanya oleh pemanah perempuan.

 

“Selama ini kami tidak pernah dikunjungi oleh suatu kelompok pelawat yang membuat persembahan memanah tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum,” kata Aisyah, salah seorang pelajar madrasah tersebut.

 

Rombongan lawatan turut mengunjungi Setiausaha Kementerian Pendidikan Belia dan Sukan Kemboja yang disambut oleh SS (Secretary of State) Nosleh dan para pegawainya.

 

Setelah dibentangkan tujuan lawatan tersebut dan hasil yang diharapkan, SS Nosleh menyambut baik hasrat tersebut dan menyokong kerjasama antara dua negara dalam bidang pendidikan, belia dan sukan.

 

Seterusnya rombongan telah dibawa mengunjungi dua buah lagi sekolah di bawah pentadbiran pejabat Mufti Kemboja iaitu Cambodia Islamic Centre (CIC) Phnom Penh dan Madrasah An-Nikmah Pothi-In yang terletak bersempadan dengan negara Vietnam.

 

Rombongan telah disambut dengan penuh ceria oleh pihak guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tersebut dan dipersembahkan dengan nasyid oleh pelajar-pelajar.  

 

Pada malamnya, rombongan menginap di kampung Pothi-In dan keesokan paginya rombongan berkenal-kenalan dengan masyarakat dan dijamu dengan makanan tradisional Melayu Kemboja yang enak.

 

Hari terakhir lawatan, mereka dibawa ke Muzium Tusleng iaitu sebuah sekolah yang dijadikan penjara penyeksaan semasa pemerintahan rejim Pol Pot yang zalim dan ia menimbulkan keinsafan betapa tingginya harga sebuah kedamaian dan kemakmuran sesebuah negara yang merdeka.

 

Ahli rombongan, Ahmad Marzuqi Othman, seorang guru pengiring daripada Sekolah Rendah i-Musleh, Melaka menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikurniakan apabila melihat kesusahan dan kepayahan orang lain di depan mata dalam aspek politik, pentadbiran, pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan dan lain-lain.

 

Bagi pelajar Sekolah Menengah Al-Islah, Sungai Petani, Zainal Abbas Zainal Adlishah pula, lawatan ini merupakan satu pengalaman yang berharga kerana beliau belum pernah berkunjung ke luar negara.

 

“Pengalaman membuat persembahan memanah memang agak menggentarkan pada awalnya.

 

“Namun perasaan tersebut hilang melihat kepada keterujaan para pelajar madrasah-madrasah yag dikunjungi,” jelasnya.

 

Semoga lawatan silang budaya selama empat hari tiga malam ini mencapai objektifnya bagi membina hubungan dua hala dan memperkenalkan sukan memanah tradisional.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia