Konvoi ‘Miles of Smiles’: Kenyataan Bersama Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif

Program lima hari yang dirancang oleh MoS dan disertai oleh VPM dan Aqsa Syarif termasuklah pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan mengambil bahagian dalam “Save Palestine Forum” (Forum Selamatkan Palestin), di mana penilaian keperluan dibentangkan oleh pegawai-pegawai dari pelbagai Kementerian, diikuti dengan sesi soal jawab yang sangat bermanfaat.

VPM dan Aqsa Syarif juga telah merancang untuk mengadakan lawatan untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini projek-projek mereka yang dilaksanakan di Gaza, di samping menyalurkan dana berjumlah hampir RM1 juta kepada rakyat Gaza yang dikenakan sekatan dan kepungan.

Walau bagaimanapun kami merasa terkejut apabila mendapat tahu dua (2) orang wakil dari Aman Palestin telah membuat dakwaan di dalam media sosial, bahawa mereka adalah ketua rasmi delegasi dari Malaysia. Ramai anggota konvoi, ketua-ketua organisasi kebajikan tempatan dan ahli-ahli Parlimen Gaza kebingungan dan sudah semestinya merasa jengkel dengan dakwaan tersebut. Ini mengambil kira VPM dan Aqsa Syarif merupakan kumpulan terbesar iaitu 11 dari 13 kontingen Malaysia dan dengan sumbangan rakyat Malaysia, mereka dapat membawa nilai bantuan kemanusiaan mencecah RM1juta untuk rakyat Gaza.

Dr Muhammad Shehab, Ahli Parlimen Gaza,  yang pernah menjadi tetamu VPM dan Aqsa Syarif di Malaysia awal tahun ini dan yang bertanggungjawab atas urusan bantuan kemanusiaan daripada Malaysia, telah memaklumkan di Parlimen Gaza tentang kekeliruan ini dan mengesyorkan langkah pembetulan yang sewajar dan dengan kadar segera. Badan legislatif Gaza dalam persidangan Parlimennya pada 12 Jun 2012 tanpa bertangguh telah membentuk satu jawatankuasa bagi menyiasat insiden ini.

VPM dan Aqsa Syarif bertekad akan memberi tumpuan penuh terhadap misi untuk menyerahkan bantuan bernilai RM1 juta kepada penduduk Gaza yang terkepung melalui MoS13. Kami tidak akan terganggu dengan tindakan tidak beretika beberapa orang individu dari sebuah NGO Malaysia yang nampaknya tanpa segan silu telah mengambil kesempatan di atas kesungguhan NGO-NGO lain.

Kebenaran akan sentiasa terserlah. Allah SWT berfirman di dalam Surah Ar-Radd ayat 17:

“Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”


Dato’ Dr Musa Mohd Nordin
Pengerusi VPM


Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif

—————————————————————————————————–

*Maklumat tambahan tentang projek dan jumlah wang yang terlibat adalah seperti berikut:

125 lampu solar = RM8,600
3,000 lampu solar = RM51,000
384 mentol lampu solar = RM10,000
40 Al Quran Braille = RM9,600
70 kerusi roda = RM17,000
35 crutches = RM3,800
Ubat-ubatan – RM45,000
5 Projektor LCD = RM10,000
2 Kamera = RM2,000
3 Komputers Riba = RM7,500
Buku-buku, buku warna untuk kanak-kanak, cokelat = RM11,500
Membaik pulih 11 sekolah = RM200,000
Institiut Wanita = RM15,000
Projek Micro-Kredit dan Projek lain = RM45,000
Taaj al Wakar  (Kem musim panas Hafidz )  = RM140,000
Projek Perladangan = RM60,000
Projek Musola sekolah = RM19,000
Peluang kerja untuk OKU = RM72,000
Pusat Komuniti wanita Darul Quran = RM200,000
Anggaran sumbangan dari VPM dan AQSA SYARIF untuk GAZA  dalam MoS13 = RM927,000

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia