Ikram ucap tahniah buat Dr Mohamed Morsi, Presiden Mesir yang baru

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menzahirkan rasa keyukuran di atas kemenangan Dr Mohammed Morsi Isa al-‘Ayyat calon Ikhwanul Muslimin yang bertanding untuk Pilihan Raya Presiden Mesir mewakili Parti Hizbul Hurriyah wal ‘Adalah atau Freedom and Justice Party (FJP) pada 16 dan 17 Jun 2012.

Kemenangan beliau yang telah diisytiharkan secara rasmi semalam oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir pada 24 Jun 2012 disambut penuh kegembiraan oleh seluruh rakyat Mesir khususnya di Dataran Tahrir. Beliau mendapat sokongan 51.7% undi manakala Ahmad Syafik sebanyak 48.3% dalam satu pilihan raya demokrasi pertama dalam sejarah Mesir.

Ikram turut mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Mesir yang telah memilih calon Ikhwan sebagai Presiden baru bukan hanya untuk kelompok tertentu bahkan mewakili seluruh bangsa Mesir sama ada Muslim mahupun Koptik Kristian.

Sesungguhnya kita semua harus meyakini bahawa ini adalah satu rahmat dan pertolongan Allah SWT selepas 83 tahun perjuangan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna melalui satu tempoh yang lama dan zaman penuh gelora.

Pelbagai tekanan, sekatan, pemenjaraan, penyeksaan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Rejim Mesir yang terdahulu terhadap pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin tidak pernah melemahkan tekad perjuangan mereka. Mereka juga berjaya memimpin rakyat bersama-sama seluruh bangsa Mesir dalam Revolusi 25 Januari 2011 yang menyaksikan sejarah dunia tumbangnya pemerintahan Hosni Mubarak yang kini merengkok di dalam penjara seumur hidup atas kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukannya.

Ikram berdoa dan menyeru agar seluruh warga dunia dan masyarakat antarabangsa memberi pengiktirafan kepada rakyat Mesir yang telah membuat pemilihan yang sah mengikut perlembagaan Mesir.

Ikram berpandangan pihak Majlis Tentera Mesir (SCAF) wajar mengembalikan semula kuasa Presiden sepenuhnya, memulangkan hak dan kuasa Parlimen untuk menggubal perlembagaan, menjamin kebebasan rakyat serta mewujudkan kestabilan dan memulihkan harapan negara Mesir yang baru.

Kepada Allah SWT kita rafakkan kesyukuran dan kepada-Nya kita kembalikan segala urusan.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia