Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Taala kita ucapkan lantaran diberi peluang menyambut bulan Ramadhan sekali lagi.
Firman Allah SWTĀ dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 dan 185:
āWahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ā.
ā(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukurā.
Ikhwah dan Akhawat yang dihormati !
Sebagai golongan yang beriman, kita menyambutnya dengan penuh keimanan, penuh kesyukuran dan penuh keredhaan. Ia bagaikan peluang yang di kurniakan Allah Subhanu Wa Taala untuk kita mendekatkan diri kepadanya dengan bayaran ganjaran yang berlipat kali ganda, amalan sunat dibalasi dengan ganjaran amalan fardhu dan amalan fardhu diganjari dengan 70 kali ganda ganjaran amalan fardhu yang dilaksanakan pada hari-hari biasa dalam lain-lain bulan. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, ia merupakan bulan pengampunan, bulan rahmat dan bulan pembebasan daripada seksaan api neraka.
Di bulan ini kita di galakan memuhasabah diri, menyesali kesalahan-kesalahan lalu, bertaubat, Ā memperbanyakkan amal soleh, Ā membaca al-Quran, bersedeqah, solat sunat tarawih, menghidupkan malam dengan solat sunat tahajjud serta zikir, memuji Alah s.w.t siang dan malam, menyampaikan bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukannya, seperti golongan faqir miskin, anak-anak yatim dan lain-lain, samada di dalam negara atau di luar negara.
Pesanan-pesanan Nabi kita sempena bulan Ramadhan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, sesungguhnya Nabi Sallallhu Alaihi Wasallam telah bersabda : āSolat lima waktu, Solat Jum’at sampai Solat Jum’at berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi.” (HR Muslim)
Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad
Radhiyallahu Anhu, sesungguhnya Nabi Sallallhu Alaihi Wasallam telah bersabda : āBahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut ” Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di manakah orang yang berpuasa? (untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir di antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu.” (HR Bukhari & Muslim).Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallhu Alaihi Wasallam bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: āSesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah laluā. (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Nasaiāe, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallhu Alaihi Wasallam pernah bersabda ketika datang bulan Ramadhan: “Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik dalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). (HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy)
Imam al-Thabrani telah meriwayatkan daripada Ubadah bin Al-Somit Radhiyallahu Anhu , bahawa Rasullullah Sallallhu Alaihi Wasallam telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: āKamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah (Subhanahu Wa Taala), diturunkannya rahmat, Ā digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan berbangga dengan kamu berhadapan dengan para malaikat… maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang celaka ialah orang yang di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan.ā
Berdasarkan nas-nas di atas, jelaslah kepada kita semua bahawa pengampunan, rahmat Allah Subhanahu Wa Taala dan peluang untuk memperolehi ganjaran amal soleh yang berlipat ganda, mencapai makam taqwa terbuka luas kepada semua kita yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya menerusi amal-amal soleh yang disempurnakan pada bulan Ramadhan
Oleh itu, marilah kita semua memanfaatkan detik-detik umur sepanjang bulan Ramadhan, peluang-peluang yang terbuka luas di dalamnya sebaik-baik mungkin,Ā jangan dipersia-siakan peluang yang dikurniakan kepada kita semua. Perkuatkan keazaman! Lakukan amalan-amalan soleh sebanyak dan sebaik mungkin. Semoga kita beroleh kebaikan yang melimpah ruah daripadanya.
Marilah kita membimbing seluruh ahli keluarga kita dan jiran tetangga mengajak mereka melakukan amal soleh dan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Kita juga harus mengambil peluang memakmurkan dan menghidupkan 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan dengan melakukan ibadah Iātikaf di masjid bersama-sama ikhwah dan anggota keluarga kita semua.
Firman Allah dalam Sural Al-Qadr:
āSesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Apakah yang kamu ketahui tentang malam Lailatul-Qadar itu?Ā Malam Lailatul-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!ā
Sabda Nabi Sallallhu Alaihi Wasallam:
Diriwayatkan daripada Salman Radhiyallahu Anhu, dia berkata: Rasulullah Sallallhu Alaihi Wasallam telah berucap pada hari terakhir bulan Sya’ban, baginda bersabda: āWahai manusia ! telah menaungi kamu bulan yang agung dan berkat. Bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu kewajiban, qiam pada malamnya satu amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan diri (kepada Allah) dengan melakukan satu kebaikan (amalan sunat), seolah-olah dia melaksanakan satu kewajiban pada bulan selain bulan Ramadhan, dan sesiapa yang menunaikan satu kewajiban di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seolah-olahnya menunaikan 70 kewajiban pada bulan selain bulan Ramadhan.
Ia adalah bulan kesabaran. Kesabaran itu balasannya ialah syurga dan bulan pembelaan kerana dalam bulan tersebut rezeki seseorang mukmin itu ditambah di dalamnya. Sesiapa yang menyediakan majlis berbuka puasa kepada seseorang yang berpuasa, ia akan mengampuni dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka dan baginya ganjaran pahala saperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa kurang.
Lalu mereka berkata: bukan semua kami berupaya menyediakan jamuan orang yang berbuka puasa. Lalu Rasulullah (Sallallhu Alaihi Wasallam) menjawab: Allah akan memberikan ganjaran yang sama ke atas sesiapa sahaja yang memberikan sebutir tamar untuk seorang yang berpuasa membuka puasanya dengannya atauĀ menerusi seteguk air minuman atau sesudu susu.
Ia adalah satu bulan yang awalnya rahmat, dipertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka. Barang siapa yang meringankan (beban) hambanya di bulan Ramadan, Allah akan mengampunkan dosanya dan membebaskannya daripada api neraka.
Perbanyakkan di dalamnya empat perkara. Dua daripadanya akan meredhakan (menyukakan) Tuhan kamu dan dua perkara yang lain, kamu tidak dapat tidak amat menghendakinya: Ada pun dua perkara yang akan mengembirakan Tuhan kamu, iaitu: pernyataan Tiada Tuhan (yang benar) melainkan Allah dan kamu memohon pengampunannya. Dan dua perkara yang kamu amat menghendakinya iaitu: Ā kamu memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungannya daripada api neraka. Barang siapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berbuka puasa, Allah akan memberinya minuman daripada telagaku satu minuman yang membuatnya tidak akan dahaga sehinggalah dia memasuki syurga.ā (Sahih Ibnu Khuzaimah)
Kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin, Syria, Iraq dan lain-lain, hulurkanlah bantuan dan sumbangan secara lumayan, atau sekurang-kurangnya, panjatkan doa munajat kepada Allah Subhanahu Wa Taala, semoga mereka dapat merasai nikmat berbuka puasa dan bergembira di bulan yang mulia ini meskipun mereka masih terpaksa menghadapi kehidupan yang penuh dengan kesukaran dan tekanan yang dahsyat. Semoga derita mereka tidak berpanjangan dan negara mereka yang masih dijajah akan dapat dibebaskan segera dan kehidupan mereka pulih kembali dan mereka bebas dari cengkaman musuh yang zalim dengan izin Allah Subhanahu Wa Taala.
Semoga dengan usaha yang gigih dan berterusan, niat yang ikhlas, melakukan amalan soleh dengan bersungguh-sungguh akan mendekatkan diri kita kepada Allah
Subhanahu Wa Taala, memperolehi keredhaan-Nya yang berpanjangan dan berkekalan, mencapai makam taqwa dan kesudahan yang baik di dunia dan akhirat serta pembebasan diri daripada api neraka.Sekian, selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak , selamat berpuasa dan berbuka. Semoga Allah
Subhanahu Wa Taala memelihara kita sepanjang tahun 1433H dan tahun-tahun seterusnya.Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Ustaz Dr Mohd Parid Bin Sheikh Ahmad
Presiden
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
19 Julai 2012 / 29 Sya’ban 1433H