Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

Nasional

Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Menyedari akan kepentingan memahami masyarakat majmuk di Malaysia, , IKRAM Hulu Selangor, Hidayah Centre, MAIS  dan Masjid As-Salam telah sama-sama menganjurkan satu seminar yang dikenali sebagai “Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk” pada Ahad 1 Mei yang lepas. Seminar ini telah diadakan di Dewan Mesyuarat Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan disertai oleh seramai 120 orang peserta daripada pelbagai peringkat.

Perutusan Presiden sempena ulang tahun pertama pendaftaran IKRAM

PERUTUSAN PRESIDEN IKRAM

Sempena Ulang Tahun Pertama Pendaftaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

15 Zulkaedah 1431 bersamaan 23 Oktober 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agama-Nya, melengkapkan nikmat-Nya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah… Amin!

Bakti sedekad Hidayah Centre Foundation diiktiraf

Jumaat yang penuh barakah. Dalam kesejukan dewan dan cuaca yang mendung, Hidayah Centre Foundation (HCF) menempa satu peristiwa bersejarah. Sejarah yang melakarkan satu pencapaian perjuangan dan bakti yang ditabur kepada masyarakat khususnya mualaf dan bukan Islam di Malaysia.

Read More »

Karnival IKRAM Kuala Lumpur Sabtu ini


KUALA LUMPUR – Sempena genapnya 10 tahun penubuhan IKRAM, IKRAM Kuala Lumpur menjemput semua warga ibu kota dan Lembah Klang untuk bersama-sama memeriahkan Karnival IKRAM Kuala Lumpur 2019 (KIKL ’19) pada Sabtu ini.

Read More »

Rasulullah pembangun umat terbaik

Sorotan sirah Rasulullah Salallahualaihiwasallam merupakan perjalanan hidup seorang pejuang dalam membangun sejarah baru peradaban manusia. Di mana mendepani baginda, suasana jahiliah yang sepenuhnya bertentangan dengan kehendak Allah Subhanahuwataala. Wujud di sana syirik, kufur, penghinaan terhadap manusia dan penindasan.

Read More »

Rahmah yang dihadiahkan


إنما انا رحمة مهداة

Itulah ungkapan keramat baginda Sallallahualaihiwasallam ketika menakrifkan dirinya yang mulia, ‘rahmah yang dihadiahkan’. Hadis ini dikeluarkan oleh ad-Darimi dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih.

Read More »

Sokong buka kedutaan untuk Palestin di Jordan


SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyokong sepenuhnya langkah kerajaan Malaysia untuk membuka kedutaan khusus untuk Palestin di Jordan yang diumumkan semasa Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku Congress Centre, Azerbaijan baru-baru ini.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia