Rasulullah pembangun umat terbaik

Dapat kita saksikan usaha-usaha Rasulullah Salallahualaihiwasallam, manusia dibangunkan hingga menjadi sebaik-baik umat. Manusia disusun kehidupan mereka, akhirnya menjadi sebaik-baik peribadi, keluarga, masyarakat serta sebaik-baik umat yang mampu menguruskan perjalanan sebuah negara yang bertamadun.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Ali ‘Imraan: 110)

Sirah Rasulullah ini adalah sirah perjalanan hidup seorang pejuang, yang merubah situasi yang sedia ada kepada suasana yang lebih baik. Sehingga manusia yang dilahirkan pada waktu itu, merupakan kumpulan yang terbaik sepanjang zaman.

Mereka berperanan membela umat sejagat, mengangkat darjatnya yang akhirnya menjadi golongan manusia yang terbaik, mampu memainkan peranan mewujudkan keadaan yang terbaik kepada lingkungan, keluarga, masyarakat sekitar dan bangsa-bangsa yang ada pada zaman itu.

Maka, jelaslah kesempurnaan yang dimiliki Rasulullah Salallahualaihiwasallam bermaksud kehidupannya memenuhi kriteria tertentu kerana baginda adalah manusia yang mencapai darjat kesempurnaan dalam hidup hingga menjadi tumpuan masyarakat disebabkan sifat terpuji yang ada dalam dirinya.

Allah Subhanahuwataala telah menyempurnakan akhlak dan keperibadian Nabi Salallahualaihiwasallam sebagai teladan terbaik kepada umat.  

Sebagaimana firman Allah Subhanahuwataala yang bermaksud:

“Sesungguhnya ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia.” (HR Bukhari)

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan Rasulullah sebagai Nabi dan utusan Allah, iaitu kemuliaan yang tidak ada pada manusia yang lainnya.

*Siri Rasulullah Utusan Untuk Semua (1) oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia