Bakti sedekad Hidayah Centre Foundation diiktiraf

HCF telah diangkat sebagai penerima Anugerah NGO Terbaik peringkat Wilayah Persekutuan sempena Maulidur Rasul hari ini. Tuan Haji Abdul Rahman Kassim, Pengarah Operasi Negeri telah mewakili HCF bagi menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Fuziah Salleh.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan ini menyaksikan senyum bahagia Tuan Haji Abdul Rahman Kassim, antara kakitangan yang merintis usaha awal pembangunan dan perkembangan HCF terutama di cawangan Sabah, negeri di bawah bayu.

Menjadikan dakwah iaitu menyampaikan dan berkongsi mesej Islam yang benar kepada bukan Islam dan menyantuni mualaf sebagai pasak kepada penubuhan organisasi ini, Hidayah Centre mengorak langkah sejak 2005 di bawah Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Setelah dibubarkan dan digantikan dengan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hidayah Centre menapak langkah lebih jauh dan penuh yakin dengan berdaftarkan sebagai sebuah yayasan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 29 Februari 2012.

Sungguh, pelbagai liku yang dilalui bermula dengan seorang kakitangan pada tahun 2012, kini HCF telah mempunyai 23 orang kakitangan dengan 20 pejabat cawangan dan pusat operasi di seluruh Malaysia bagi membantu mualaf dan juga memudahkan mereka yang ingin mengetahui berkaitan Islam.

Mereka boleh hadir ke pusat operasi tersebut pada bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat dan juga untuk belajar melalui kelas-kelas ilmu yang dijalankan di pusat operasi tersebut. Bukan itu sahaja, bahkan para pendakwah HCF turut turun ke lapangan bagi menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf.

Dari Perlis sampailah ke Sabah, begitulah seni kata sebahagian lagu patriotik untuk negara Malaysia. Begitu juga bagi HCF.

Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Sabah juga Sarawak pusat operasi HCF berserta pendakwahnya bersedia membantu mualaf dan mereka yang ingin mendalami Islam, membantu mualaf untuk hidup harmoni dan aman damai bersama keluarga mereka walaupun mereka telah berlainan agama.

HCF berusaha memberi bantuan dan memberdayakan mualaf secara berterusan supaya mereka yang kembali kepada agama Islam merasakan satu rahmah dalam keluarga yang besar dan diikat kukuh dengan talian silaturahim yang berpaksikan kesamarataan di sisi Allah melainkan takwa yang membezakannya.

Di samping itu, ia turut berusaha menyampaikan Islam dan membuang salah tanggap terhadap Islam daripada agama dan bangsa lain agar Islam tidak menjadi asbab menjauhkan perhubungan dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

Tahniah kepada semua warga HCF! Semoga HCF akan terus mengorak langkah lebih jauh dan menyebarkan rahmah Islam ini kepada segenap pelusuk tanah air bahkan seluruh dunia kerana Islam itu adalah untuk semua tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama.

Oleh: Siti Hamisah Manan

Kredit foto: JAWI

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia