Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk di Hulu Selangor

Menurut Pengarah Program, Saudara Kamarul Zaman Noor Mohamed yang juga merupakan Naib Pengerusi Hidayah Center, seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dakwah dan kefahaman masyarakat Islam Malaysia terutamanya  terhadap budaya dan pegangan non-muslim ke arah usaha mewujudkan suasana masyarakat harmoni. Nazir Masjid As-Salam, Ustaz Hj. Abu Bakar Yang menyampaikan ucapan aluannya sementara Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Ustaz Dr Muhammad Azhar Zailaini  merasmikan seminar tersebut.

dakwah-hs3

Dalam pembentangan pertama oleh Saudara Lim Jooi Soon yang merupakan bekas penganut Kristian yang kini salah seorang pendakwah PERKIM, menurutnya antara kaedah dakwah yang boleh dipraktikkan ialah  mempamerkan akhlak yang baik seperti rajin, amanah dan ikhlas, membantu non-muslim yang susah dan juga mengedarkan risalah-risalah dalam bahasa yang mudah difahami tentang Islam. Formula dan pendekatan yang digunakan juga haruslah bersesuaian dengan suasana dan masyarakat yang didekati.

dakwah-hs6

Sebagai mana contoh masyarakat di zaman Nabi Muhammad s.a.w yang memandang tinggi kepada syair, Al-Quran yang diturunkan sebagai wahyu ketika itu lebih hebat daripada karya syair yang ada hingga dapat menarik  bukan Islam masuk Islam ketika itu. Penekanan hendaklah terlebih dahulu diberikan kepada pembentukan akidah bagi memudahkan mereka mendekati Islam.

Manakala pembentang kedua, Saudara Mohd Amin Yaacob  pula turut berkongsikan maklumat perbezaan mazhab yang terdapat di dalam agama Kristian dan memaklumkan terdapat sejuta penganut Krsitian di Malaysia dengan penganut Roman Katholik merupakan majoriti diikuti oleh penganut Protestan.

dakwah-hs4

Sesi pembentangan ketiga oleh Ustaz Hj. Muhammad Fitri Abdullah yang juga pendakwah PERKIM dan merupakan bekas penganut agama Hindu, menerangkan bahawa masyarakat India di Malaysia  terdiri daripada 70% berketurunan Tamil dan selebihnya Telegu, Malayaalee, Punjabi, Bengali dan Celonese Tamil. Masyarakat India amat kaya dengan tradisi dan kebudayaan.

Pendekatan utama yang perlu digunakan ialah dialog dan perjumpaan, kempen menghormati ibu bapa , mengedarkan risalah dalam Bahasa Tamil dan mengambil bahagian dalam acara kebudayaan mereka dan juga menganjurkan seminar menghargai sumbangan masyarakat India kepada Islam di Malaysia. Usaha-usaha ini menurut pengalaman beliau mampu menarik masyarakat India mendekati Islam.

dakwah-hs5

Sesi pembentangan terakhir oleh Hj Dr Ann Wan Seng yang juga pendakwah PERKIM dan merupakan bekas penganut Buddha menyeru agar masyarakat Islam mengikis anggapan negatif dan prejudis kepada orang Cina dengan cuba memahami budaya masyarakat Cina. Masyarakat Islam perlu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat Cina yang menjauhi Islam kerana beranggapan mereka perlu meninggalkan tradisi dan budaya mereka jika mereka menganuti Islam.

Menurut beliau lagi terdapat banyak kajian yang menunjukkan hubungan rapat Masyarakat Cina di dalam perkembangan Islam di Asia Tenggara boleh dijadikan rujukan untuk menarik Orang Cina di Malaysia untuk memeluk Islam. Selain daripada itu, ziarah menziarahi ketika perayaan Tahun Baru Cina dan ketika kematian juga boleh membuka hati orang Cina memeluk Islam.

dakwah-hs8

Menurut salah seorang peserta yang sempat ditemu bual iaitu Saudara Muhammad Albert atau nama asalnya Albertrato, beliau merupakan bekas penganut Kristian yang baru memeluk Islam  beberapa hari yang lepas. Beliau yang tinggal di Kota Damasara menghadiri seminar ini bagi menambahkan lagi pengetahuan beliau tentang Islam  dan berharap dapat menjadi muslim yang sejati dan berazam untuk untuk berdakwah kepada rakan-rakannya yang masih belum Islam.

Sumber: http://ikram-hs.blogspot.com

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia