Tahfiz: Penguasa, ibu bapa, pihak berkuasa agama perlu bertanggungjawab

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) terkejut dengan kematian seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Pahang baru-baru ini kerana dibuli. IKRAM mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.

Insiden ini merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah perkembangan tahfiz negara. Sebelum ini juga, kita pernah didedahkan dengan beberapa insiden yang menghakis kewibawaan pusat-pusat tahfiz.

Pusat tahfiz adalah institusi melambangkan iman dan akhlak. Insiden sebegini memburukkan imej mereka dan juga Islam.

IKRAM ingin menyarankan pengurusan pusat-pusat tahfiz mengambil berat tentang akhlak pelajar. Prosedur operasi standard (SOP) asrama perlu diwujud dan/atau perketatkan.

Ia mesti menjadi agenda penting pengurusan. Kita mahu melahirkan para hafiz yang berakhlak mukmin sejati dan menjadi contoh kepada masyarakat.

IKRAM yakin terdapat banyak pusat tahfiz yang cemerlang, ditadbir urus dengan baik, mempunyai prasarana yang sempurna, guru yang berkelayakan dan telah melahirkan para hafiz yang hebat.

Namun tidak dapat dinafikan terdapat pusat-pusat tahfiz yang tidak ditadbir urus dengan sempurna, mempunyai prasarana yang tidak lengkap, serta tiada sistem jaminan kualiti yang berkesan.

IKRAM menyeru supaya JAKIM dan Jabatan Agama Negeri berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan semua pusat tahfiz berdaftar seperti peruntukan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996, atau Enakmen yang berkaitan di negeri-negeri.

IKRAM yakin, melalui proses pendaftaran, tahap kualiti dan standard yang disediakan oleh pusat-pusat tahfiz berkenaan dapat dijamin. Ini termasuk pembentukan akhlak sejajar dengan sebuah institusi Islam.

Di samping itu, kelayakan kepimpinan dan pendidik, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan dan pentadbiran, standard prasarana, kaedah pengajaran dan pembelajaran, ciri keselamatan asrama dan seumpamanya perlu juga dijamin.

IKRAM juga menyokong saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof supaya ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk memastikan anak-anak mereka hanya dihantar ke pusat-pusat tahfiz yang berdaftar dan dikawal selia oleh JAKIM atau Jabatan Agama Negeri.

Walaupun ibu bapa mempunyai hasrat murni untuk mendapatkan pendidikan agama dan tahfiz untuk anak-anak, masa depan anak-anak tidak boleh diperjudikan dengan menghantar ke pusat-pusat yang tidak berdaftar dan mempunyai sistem tadbir urus yang tidak baik.

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia