Sokong buka kedutaan untuk Palestin di Jordan

“Pengumuman Tun Dr Mahathir untuk membuka kedutaan Palestin di Jordan dalam persidangan NAM baru baru ini adalah satu isyarat jelas kepada negara-negara anggota NAM bahawa badan berkecuali tersebut tetap mempunyai tanggungjawab moral untuk membela mana-mana pihak yang dizalimi secara sistematik seperti di Palestin,” kata Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Tambahnya, sebagai badan kemanusiaan yang mengurus bantuan kemanusiaan ke Palestin sejak tahun 2010, MyCARE percaya langkah ini mampu memperkemas dan melicinkan lagi proses penghantaran bantuan oleh Malaysia kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

“Sekatan berterusan Israel ke atas Gaza, rampasan tanah dan polisi aparteid Israel di Tebing Barat serta cubaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel, untuk melumpuhkan badan khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menguruskan keperluan lebih 5 juta pelarian Palestin, UNRWA, menuntut kepada langkah proaktif daripada negara-negara di dunia,” ujar Dr Hafidzi.

Sehubungan dengan itu, katanya, MyCARE menganggap langkah ini sebagai tindakan yang tepat bagi mencabar wewenang Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu Israel yang mengiktiraf tindakan Israel merampas wilayah Baitulmaqdis Timur daripada rakyat Palestin.

“MyCARE bersedia membantu pihak kerajaan dalam menjayakan langkah strategik ini melalui pejabat kami di Gaza, rangkaian perhubungan kami di peringkat antarabangsa dan rakyat Malaysia yang menyumbang ke Palestin melalui MyCARE.”

Pada bulan lalu, Tun Dr Mahathir yang membidas Israel dan kuasa-kuasa besar yang melindungi entiti haram tersebut persidangan PBB dan kini ia diperkukuhkan dengan komitmen untuk membela rakyat Palestin dengan lebih jitu melalui pembukaan kedutaan.

Kredit foto: The Star

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia