Gaza: IKRAM, Aqsa Syarif demo di Terengganu

Ianya merupakan satu lagi landmark kepada usaha penggemblengan ummah berhubung isu Palestin di negeri ini. Program ini telah diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut di mana perarakan bermula dan berakhir di Dataran Syahbandar. Program ini turut disertai Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Hj Azizi Saidi Abdul Aziz dan beberapa NGO yang lain termasuk ABIM, WADAH dan HALUAN.

Imam Masjid Negeri dalam ucapan sebelum khutbah Jumaat telah menyeru semua ahli jamaah untuk turut serta menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh IKRAM ini sebagai tanda sokongan dan prihatin terhadap isu Palestin ini. Beliau yang juga menyampaikan khutbah dan menjadi imam telah sekali lagi mengingatkan ahli jamaah selepas doa selepas solat untuk sama-sama menyertai perhimpunan ini. Ini satu lagi kejayaan IKRAM di dalam melibatkan tokoh masyarakat dalam program ini.

Khutbah Jumaat dan perhimpunan

Perhimpunan dan perarakan hampir 1,000 orang ini telah dipimpin oleh YDP IKRAM Terengganu, Ustaz Hj Mohd Lokman Dato’ Awang, pimpinan IKRAM Negeri dan Daerah termasuk YDP IKRAM Kuala Terengganu Ustaz Dr Zawawi Ali, YDP IKRAM Dungun Hj Nawawi Yusof dan YDP IKRAM Kemaman Ustaz Hj Mazlan Ahmad. Di samping itu pimpinan NGO lain yang turut bersama ialah YDP ABIM Terengganu Hj Zukiferee Ibrahim, Penasihat PEMIKIR Mat Azizur Raziz dan YDP WADAH Ustaz Hj Harun bersama Imam Besar Masjid Negeri.

Perarakan bermula dengan ucapan menaikkan semangat untuk menyertai perhimpunan ini oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Ummah Sejagat Ustaz Muzahar Hitam, diselang-seli oleh laungan semangat jihad membantu Palestin dan Gaza yang berterusan oleh beberapa orang anak muda diketuai Qayyim Hafidzi dan Ubaidullah Harith yang juga Pengerusi Siswa IKRAM Terengganu Utara. Program ini juga mendapat kerjasama dan kawalan pihak keselamatan bagi melancarkan perjalanan perhimpunan ini.

Ucapan pembukaan Ust Muzahar dan perarakan

Perarakan berhenti berkumpul di Dataran Syahbandar dimana ucapan pimpinan NGO telah dimulakan oleh Ustaz Lokman. Beliau menyeru agar masyarakat Islam di negeri Terengganu khususnya untuk terus bangkit dan cakna berhubung perjuangan membantu Palestin membebaskan negara mereka daripada penjajah Israel dan memberi peluang kepada rakyat termasuk anak-anak Gaza untuk hidup dengan aman. Beliau mengajak umat Islam agar terus membantu memberikan sokongan material dengan bantuan harta dan wang ringgit dan spiritual menerusi doa dan munajat yang berterusan.

Ustaz Hj Harun yang mewakili WADAH dan ABIM pula menyentuh tentang sejarah perjuangan rakyat Palestin dan penubuhan negara haram Israel yang mendapat restu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau juga mengajak umat Islam untuk terus memboikot barangan Israel dan dagangan Malaysia dengan Israel khususnya dalam penjualan minyak sawit ke negara itu oleh kerajaan Malaysia.

Manakala Dr Afandi Salleh selaku wakil Aqsa Syarif mengingatkan umat Islam agar terus mengaktifkan gerakan menyokong perjuangan membebaskan Palestin dan menyelamatkan Masjidil-Aqsa daripada penguasaan Zionis Israel. Majlis ucapan yang dipengerusikan Ustaz Muzahar Hitam ini berakhir sekitar 3.30 petang dengan bacaan doa yang cukup syahdu oleh Ustaz Hj Azizi.

Ucapan Ustaz Lokman, doa Ust Azizi dan flash mob

Satu flash mob Palestin telah dianjurkan oleh mahasiswi Persatuan Fakulti Perubatan UNISZA dan IKRAM Siswa selepas berakhir doa penutup program ini. Sidang media telah diadakan selepas perhimpunan disertai beberapa media termasuk Berita Harian, Sinar Harian dan Metro. Program ini telah mendapat liputan TV3 di dalam Berita Jam 8 malam pada hari yang sama.

Semoga program ini meningkatkan lagi kesedaran ummah tentang perjuangan rakyat Palestin dan merapatkan kerjasama agensi dan NGO di negeri ini insya-Allah. Penggemblingan ahli-ahli IKRAM termasuk anak-anak muda dan wanita yang menjadi penggerak utama kepada perjalanan program ini juga wajar diberikan ucapan syabas dan tahniah!

Sumber: http://faz227.blogspot.com/2012/11/perhimpunan-perarakan-selamatkan-gaza.html

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia