IKRAM bantu mangsa banjir di Sepang, Kuala Langat

Mereka telah menerima sepasang telekung, kain pelikat dan sejadah setiap satu bagi setiap keluarga. Rombongan IKRAM diketuai oleh YDP IKRAM Sepang, Prof Dr Ali Hasan dan isteri diiringi oleh Ketua Unit Bantuan Bencana Dan Kecemasan (DERU) IKRAM Sepang, Azman Sulaiman dan penolongnya, Mohd Zubir serta isteri masing-masing. IKRAM Kajang diwakili oleh Noorsyazly Rameli selaku Ketua DERU IKRAM Kajang serta isteri.


Dalam pertemuan dengan mangsa di pusat pemindahan tersebut, mereka melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan IKRAM. Penyampaian bantuan ini mendapat kerjasama penuh dari wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di situ, Encik Anuar.

Beliau turut menyatakan rasa berbesar hati dan mengalu-alukan bantuan yang disampaikan yang mana sedikit sebanyak dapat membantu meredakan kedukaan para mangsa yang telah ditempatkan di situ sejak 3 November lalu.

Pada 13 November pula, IKRAM Kajang terus mengorak langkah dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir Kuala Langat. Rombongan diketuai YDP IKRAM Kajang, Prof Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha diiringi Noorsyazly dan 5 ahli DERU menyampaikan  pek bantuan banjir untuk 30 keluarga.

Pek bantuan berupa peralatan ibadat dan kebersihan yang terdiri daripada sepasang telekung, kain pelikat, sejadah, berus dan ubat gigi. Bantuan disampaikan kepada mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang yang menempatkan 65 orang melalui Penghulu Mukim Tanjung 12, Mohd Izham Mohd Azmi, Ketua Kampung Bukit Changgang, Haji Suraji Yahya serta ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Haji Kamaruddin Bakarin.


Bantuan ini turut diselaraskan melalui DERU IKRAM Daerah Kuala Langat, Anuar Mohd Nor. Rombongan sempat singgah di sebuah lagi pusat penempatan banjir yang terbesar di sini iaitu di SK Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang yang menempatkan 782 mangsa.

Semua ahli rombongan bukan sahaja berkesempatan berinteraksi dengan mereka malah sempat makan tengahari bersama-sama mangsa dan para petugas di situ diiringi oleh Ketua Kampung RTB, Wak Man serta Timbalan Nazir Masjid RTB, Haji Solah.

IKRAM Daerah Kajang telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program yang berupa program pengisian rohani, program terapi dan kaunseling serta program khusus untuk kanak-kanak dengan bantuan Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

Selain IKRAM Kajang dan Sepang, sebagai tuan rumah, pihak IKRAM Kuala Langat turut berusaha keras membantu membersihkan kawasan sekolah, menjalankan pelbagai aktiviti serta menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dengan kerjasama IKRAM Selangor dan IKRAM daerah-daerah lain di Selangor. Semoga khidmat masyarakat IKRAM berkesinambungan dalam membantu pelbagai golongan yang memerlukan akibat bencana alam, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia