Dalam slot tersebut, Ustaz Zaini seperti biasa, telah menyampaikan satu ceramah yang cukup menghiburkan dan berjaya menceritakan batas-batas hiburan dalam Islam. Saff One pula telah menceritakan kisah dan detik lahirnya lagu IKRAM. Walaupun hanya Qhalid dan Fauzan yang hadir, ia cukup menyentuh hati hadirin bila mendengar kemerduan suara mereka.
Karnival ini anjuran bersama JK Pembangunan Masyarakat IKRAM JBT dan Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, PERSIS UTM dan IKRAM Siswa UTM.
Keesokannya pagi Sabtu 24 November, Saff One bersama-sama dengan rombongan IKRAM JBT telah bergerak ke Perkampungan Orang Asli Kampung Simpang Arang. Selepas bergotong-royong di sekitar dewan orang ramai, kumpulan Saff One turut bermain bola dengan remaja dan belia orang asli di padang. Sungguh menyeronokkan bagi Saff One.
“Ini yang kami suka … bentuk aktiviti yang sebegini,” kata Qhalid ketua kumpulan Saff One yang sering membuat show di kawasan pedalaman. Mereka suka pada kelainan. Temuramah dengan kanak-kanak dan nasyid Saff One telah menghidupkan suasana program kampung tersebut.
Pada petang tersebut, konsert kumpulan Saff One di Dewan Sultan Iskandar UTM telah diadakan, dihadiri sekitar 500 orang. Di samping hiburan, mesej kesedaran berkenaan dengan perjuangan umat Islam di Gaza dapat disampaikan dengan begitu baik oleh kumpulan pentomen IKRAM Siswa Johor.
Pada Ahad 25 November pula, Saff One bersama 23 anak yatim beserta beberapa pengiring dan 20 aktivis IKRAM telah menyertai larian ukhuwwah. Salah satu tempat rehat larian ukhuwwah ialah Taman Tropika UTM di mana aktiviti IKRAM Junior telah diadakan.
Gabungan mereka ini telah diserikan dengan aktiviti motivasi oleh Fauzan dari Saff One dan diakhiri dengan persembahan nasyid spontan. Aktiviti diteruskan dengan sukaneka, sessi taaruf terperinci dan diakhiri dengan permainan futsal.
Bila ditanya pada anak yatim, “Mana yang paling best?” serentak mereka jawab, “Futsal!”. “Insya-Allah lain kali kita berkayak yee!!”, disambut dengan laungan .”yeeeeee…”.
Menurut Pengerusi JK Pembangunan Masyarakat IKRAM JBT Dr Hishamuddin Alham, pihaknya akan merancang program susulan dan berkala dengan orang asli dan juga anak yatim. Semoga amal bakti kumpulan Saff One dan IKRAM JBT untuk orang asli dan anak yatim dapat memberi motivasi dan semangat yang positif kepada mereka, insya-Allah.
Gambar dan video:
[Facebook ]
[Video]