Gerakkan usaha bangunkan mahasiswa secara besar-besaran – Dr Parid

Beliau menyampaikan saranan tersebut semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan IKRAM Siswa Nasional 2014 yang berlangsung di Moot Court, Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) IKRAM Pusat, Prof Dr Arshad Ahmad, Ahi-ahli JKPM, para perwakilan pada pemerhati IKRAM Siswa seluruh Negara serta wakil GAMIS, HALUAN Siswa, PKPIM, GEMA dan DEMA.

Tambah Dr Parid, usaha tersebut perlu digerakkan melalui pelbagai inisiatif dan pendekatan agar mahasiswa pada masa hadapan memiliki kecemerlangan peribadi, kerjaya dan kecemerlangan dalam medan perjuangan dan semua medan-medan amal.

Jelas beliau, IKRAM Siswa perlu dilihat sebagai satu organisasi yang mampu memacu mahasiswa-mahasiswa dalam negara kita pada satu tahap yang baru supaya mereka dapat dikembangkan menjadi generasi mahasiswa yang cemerlang dalam aspek peribadi, akademik, kerjaya seterusnya menjadi penggerak dan pelopor dalam medan-medan amal untuk mengangkat kedudukan ummah.

“Pembangunan mahasiswa mahasiswi yang kita maksudkan di sini ialah pembangunan yang seimbang, susuknya sempurna, mempunyai kualiti yang menjana keutuhan dirinya sebagai peribadi Muslim yang soleh dan efektif, yang mampu meninggalkan impak yang baik kepada lingkungan sekitarnya, rakan-rakan, jiran tetangga, keluarga, masyarakat dan insya-Allah, umat,” ujarnya.

Beliau mengistilahkannya sebagai “al-Muslim al-Mu’atstsir” iaitu Muslim yang meninggalkan impak dan berperanan secara berkesan serta efektif.

Beliau inginkan para mahasiswa berusaha gigih untuk menjadi pelajar yang cemerlang, hamba yang taat kepada Allah SWT (‘abid), memiliki penguasaan ilmu, berpegang kepada konsep ilmu bersepadu (menggabungkan ilmu syariah dan akal), peribadi yang soleh dan musleh, memiliki integriti dan akauntabiliti kepada diri, keluarga, umat dan negara.

Selain itu, mahasiswa turut diharapkan mempunyai peribadi yang memiliki kesedaran yang tinggi, kefahaman yang mendalam, penguasaan ilmu dan kepakaran serta mencapai tahap kebijaksanaan yang akhirnya menjadi golongan mampu membangunkan polisi-polisi kepada perjalanan sebuah negara, yang boleh berkembang menjadi negara yang maju.

“Kita juga berharap anda semua akan lahir sebagai generasi penggerak, pelopor kepada pembaikan, pengislahan, penyempurnaan, perubahan kepada negara dan kehidupan rakyat pada masa hadapan,” tambahnya.

Melalui usaha-usaha membangunkan mahasiswa melalui IKRAM Siswa ini, beliau berharap mahasiswa akan menjadi satu generasi baru, generasi Rabbani, generasi kemenangan untuk Islam pada masa hadapan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia