Objektif perkhemahan ini ialah untuk mengukuhkan ukhuwwah dan tsiqah sesama peserta, melatih ahli hidup susah dalam amal jama’ie dengan menanamkan aspek persediaan jasmani, jiwa, akal dan agama. Selain itu, ia bertujuan melahirkan ahli yang seimbang daya pimpinan, kerjasama berpasukan dan kecergasan fizikal, serta mencungkil bakat dan potensi peserta.
Peserta tiba ke kem dengan menaiki bas dan dimulai dengan taklimat oleh Kem Komandan, Sdr Azmil) dan Ice Breaking oleh Sdr Urwah Saari. Penempatan peserta yang asalnya berada di khemah terpaksa ditukar kepada dorm kerana keadaan tanah yang amat tidak mengizinkan akibat hujan lebat pada hari sebelumnya.
Antara slot menarik dalam I-OREX ini ialah Treasure Hunt yang begitu mencabar bagi peserta dan juga urusetia, Memasak Ala Pengakap & Pemancing, tazkirah Maghrib oleh Sdr Ahmad Yusri Azme (Abu Dzar) bertajuk Akhlak Ummph diikuti dengan persembahan peserta dalam Malam Seribu Bintang.
Keesokannya, diadakan Qiamullail, tazkirah Subuh oleh Dr Ahmad Sharifuddin bertajuk Cintaku 100 Persen, Jungle Trekking menuju ke air terjun untuk menghilangkan penat lelah para peserta diikuti dengan slot penyampaian hadiah dan penutup.
Semoga objektif perkhemahan I-OREX untuk mengukuhkan ukhuwwah, melatih hidup susah dalam amal jama’ie dan melahirkan ahli yang seimbang daya pimpinan dapat dicapai, insya-Allah.