Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

Pemasyhuran Wanita IKRAM teruskan rangkaian dakwah jamaah

BANGI – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sekali lagi mencipta sejarah apabila sayap wanitanya dimasyhurkan hari ini. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi itu telah dilangsungkan di Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dimulakan dengan bacaan al-Quran surah an-Nahl oleh Sdr Amir Rashid.

Read More »

Katakan ‘Tidak’ kepada Hari Valentine, Katakan ‘Ya’ kepada Maulidur Rasul

Kenyataan Media
Jawatankuasa Pemuda IKRAM

14 Februari 2011 bersamaan 11 Rabiulawal 1432H

KATAKAN ‘TIDAK’ KEPADA HARI VALENTINE,
KATAKAN ‘YA’ KEPADA MAULIDUR RASUL

Saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih. Malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ia hangat diwara-warakan di media massa mahupun di laman sosial. Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda. Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu. Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan. Data ini amat membimbangkan. Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya. Pengurusan institusi Raudhatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.

Read More »

Aqsa Syarif WP anjur ‘Konvoi Pembebasan Palestin’

KUALA LUMPUR – Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan mengetuai hampir 50 peserta terdiri daripada keluarga dan pemuda sekitar Kuala Lumpur dalam satu konvoi berkereta pada Sabtu lepas.

Konvoi yang bertemakan “Konvoi Pembebasan Palestin dan Penerusan Perjuangan Rasullulah dan Para Sahabat” ini dilancarkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda.

Read More »

Konvoi Aqsa2Gaza2: Mawaddah sumbang lebih RM170,000

KAJANG – Aqsa Syarif Berhad (AQSA) telah menerima kunjungan rasmi daripada pihak Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH) di ibu pejabat, pada jam 11 pagi pada Selasa 16 Ogos yang lalu. MAWADDAH diwakili oleh Pengerusinya, Ustazah Maznah Daud dan diiringi oleh empat wakil pertubuhan.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia