Tragedi Dirang: Di manakah perikemanusiaan?

IKRAM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh pembunuh yang sudah hilang perasaan perikemanusiaannya. Insiden tragis yang menimpa Dirang kini menjadi satu lagi peristiwa hitam yang merakamkan keganasan dan kekejaman terhadap kanak-kanak di tanahair tercinta ini. Tragedi ini mengingatkan kita semua mangsa kanak-kanak yang lain seperti Allahyarham adik Nurin Jazlin Jazimin, Nurul Huda Abdul Ghani, Haserawati Saridi dan Shearwey Ooi Ying Ying. Namun ternyata, segala tindakan, akta dan hukuman yang dijalankan selama ini masih tidak mampu menghalang manusia pemangsa yang kejam dan tidak berhati perut ini dari terus mencari mangsanya. Siapakah pula mangsa seterusnya? Persoalan ini akan mencetuskan satu suasana gerun dan ketakutan yang semakin menyelubungi masyarakat hari ini.

Dalam konteks saranan mengasihi kanak-kanak , Islam telah menggariskan contoh teladan melalui perilaku Rasulullah SAW yang digambarkan dalam mafhum hadith berikut :

Dari Abu Hurairah : Nabi SAW mencium Al-Hassan bin Ali dan di sisi Nabi ada Al-Aqro’ bin Haabis At-Tamimy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro’ berkata : Aku punya 10 orang anak, tidak seorang pun dari mereka pernah kucium. Maka Rasulullah SAW pun melihat kepada Al-Aqro’ lalu baginda bersabda: `Barangsiapa yang tidak merahmati atau menyayangi maka ia tidak akan dirahmati.

(HR Bukhari dan Muslim)

Nelson Mandela juga pernah mengatakan :

“There can be no keener revelation of a society’s soul than the way in which it treats its children.”

Tiada petunjuk lebih tepat yang mampu menggambarkan roh atau intipati jiwa sesuatu masyarakat, selain daripada cara bagaimana ahli masyarakat tersebut melayan dan meladeni kanak-kanak.

Sesungguhnya, kejadian yang menimpa Dirang dan ramai lagi kanak-kanak mangsa kekejaman menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dalam masyarakat kita hari ini.

IKRAM menegaskan, fenomena peningkatan keganasan dan kekejaman di kalangan masyarakat berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritualiti dan lunturnya pegangan akidah individu. Tanpa adanya perasaan takut kepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaan-Nya, jiwa manusia dengan mudah diperdayakan oleh nafsu syahwatnya. Apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja, individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan manusia. Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti diri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu dan masyarakat.

Bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, IKRAM mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang harus diambil perhatian serius:

1. Meminta semua pihak memuhasabah diri secara jujur dan telus, menilai semula sejauhmanakah kepercayaan agama dan spiritualiti ini berakar umbi dalam jiwa khususnya generasi muda yang dibimbangi semakin longgar pegangan agama, nilai dan moral kemanusiaan.

2. Mencadangkan agar ibu bapa sentiasa lebih peka dengan aspek keselamatan anak-anak di dalam dan luar rumah, di samping mendidik anak-anak tentang kepentingan keselamatan diri mereka sendiri.

3. Menyarankan agar kesemua ibu bapa dan golongan dewasa memastikan anak-anak mereka dididik dengan acuan nilai dan moral yang tinggi, berpaksikan kepercayaan agama yang dianuti. Fahaman materialistik dan gaya hidup hedonistik yang begitu berleluasa di kalangan keluarga moden hari ini, mestilah digantikan dengan cara hidup sederhana yang menekankan tentang nilai murni, akhlak, integriti, amanah dan keseimbangan.

4. Mengajak semua ahli masyarakat untuk mengambil berat dan mengutamakan kesejahteraan anak-anak dari segenap aspek – fizikal, mental, emosi, spiritual dan sosial. Semoga sikap keprihatinan tinggi yang ditunjukkan oleh Encik YP Chong yang dilaporkan bertindak pantas menyelamatkan Wan Hazim Wan Khadhir, kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari ditemui di rumahnya baru-baru ini, menjadi contoh teladan dan motivasi untuk kita semua.

5. Merayu pihak berwajib memberikan fokus serius dalam usaha menanamkan nilai murni berpaksikan moral, agama dan kerohanian yang tinggi kepada ahli-ahli masyarakat. Keseimbangan hidup mengejar dunia dan akhirat akan mencetuskan manusia yang kompetatif dan berdaya-saing tinggi.

6. Menuntut agar segala unsur-unsur perosak jati diri generasi muda seperti ketagihan dadah, pil khayal, alkohol serta seks bebas dibendung dengan tegas, berkesan dan berhemah.

Sesungguhnya kesejahteraan dan keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama dan amanah buat semua golongan dewasa dalam masyarakat.

PASTIKAN KEMATIAN NURUL NADIRAH TIDAK SIA-SIA. JADIKAN IA SATU TITIK MULA UNTUK MASYARAKAT KEMBALI KEPADA ASAS AGAMA DAN SPIRITUALITI YANG MANTAP DAN KUKUH.


Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Pengerusi JK Pembangunan Sosial IKRAM
012-3243134

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia