Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

Bersih 3.0: Ikram Ucapkan Tahniah kepada Rakyat

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)

2 Mei 2012

Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) mengucapkan tahniah dan syabas kepada ratusan ribu rakyat Malaysia di atas kematangan, kesungguhan dan keberanian untuk menyuarakan bantahan terhadap kelemahan sistem dan proses pilihan raya negara dalam perhimpunan “Duduk Bantah” Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

Read More »

Bersih 3.0: Kerana Dataran, rakyat boleh diganasi?

Berikut adalah tulisan Hj Nahar Md Nor, AJK IKRAM Pusat yang diterbitkan oleh harakahdaily.net: Rakyat boleh dibelasah kerana mahu jaga Dataran?

Perhimpunan Duduk Bantah – Bersih 3.0 ternyata telah berjaya mencapai matlamatnya. Mesej dan tuntutan yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil telah disampaikan dengan jelas dengan berkumpulnya lebih 250,000 orang penyokong pada 28 April 2012 yang lalu. Rakyat telah berkumpul di tempat-tempat yang telah ditentukan oleh pihak penganjur. Mereka kemudiannya bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Read More »

Kembara Dakwah di Bumi Mesir: Kenangan STEP 2012 [Bahagian Akhir]

“Kembara Dakwah di Bumi Mesir” adalah catatan pengalaman oleh Dr Hafidzah Mustakim semasa kembara ke Mesir bersama Dr Harlina Halizah Siraj untuk menghadiri STEP 2012 sebagai penceramah motivasi bagi pelajar perubatan anjuran Kelab IKRAM Mesir. Berikut adalah catatan Bahagian 4, iaitu bahagian akhir catatan beliau ke sana.

Bertemu sekali lagi untuk pengalaman hari terakhir di Kaherah, hari berlangsungnya STEP 2012.

Read More »

Golf Amal Palestin, Bengkel Mahligai Kasih di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Dua program menarik mengisi kalendar amal kebajikan dan kasih sayang di sini pada minggu lalu. Pada Sabtu 21 April 2012 yang lalu, Aqsa Syarif Hulu Selangor telah menganjurkan Pertandingan Golf Amal Palestin (PGAP 2012) di Perangsang Templer Golf Club, Rawang. Keesokannya pula, Ahad 22 April 2012, JK Wanita dan JK Belia IKRAM Hulu Selangor dengan kerjasama BAIP (Badan Agama Islam Perodua) menganjurkan Bengkel Mahligai Kasih yang bertempat di Auditorium Perodua di Serendah.

Read More »

Kembara Dakwah di Bumi Mesir [Bahagian 3]

“Kembara Dakwah di Bumi Mesir” adalah catatan pengalaman oleh Dr Hafidzah Mustakim semasa kembara ke Mesir bersama Dr Harlina Halizah Siraj untuk menghadiri STEP 2012 sebagai penceramah motivasi bagi pelajar perubatan anjuran Kelab IKRAM Mesir. Berikut adalah catatan Bahagian 3 daripada empat bahagian catatan beliau ke sana.

Kami sampai di rumah Ustaz Haris dan Kak Ros menjelang Maghrib. Sebaik tiba, kami terus  bersiap-siap ke Darul IKRAM untuk program bersama pelajar akhawat Kelab IKRAM Mesir di semua peringkat. Perkongsian dengan lebih 100 pelajar malam itu amat menyegarkan.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia