Kenaikan Harga Minyak Petanda Kerajaan Tidak Peka Kesempitan Hidup Rakyat – IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen seliter semalam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak semasa  kempen PRU 13 dulu!

Sebab utama kenaikan adalah untuk merasionalisasi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Di kala rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa 3 September 2013 dibimbangi akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain menyebabkan rakyat semakin terbeban.

Alasan menaikkan harga minyak bagi membolehkan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM1.1 billion pada tahun ini dan RM3.3 billion pada tahun 2014 tidak harus dilihat sebagai langkah yang terakhir lebih-lebih lagi apabila ia membebankan rakyat.

Kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi Negara yang lestari dan stabil  tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.  Jaminan kerajaan untuk mempastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat lain tidak terus  meningkat  dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat.

Kerajaan juga harus menilai kembali beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini yang menjurus kepada amalan pembaziran.  Pengisytiharan beberapa projek segera sepanjang pilihanraya kecil serta  pemberian-pemberian yang mewah yang berupa sogokan seperti diumumkan semasa Pilihanraya Kecil  DUN Kuala Besut sebagai beberapa contoh yang dilihat seolah-olah kerajaan tidak pernah merancang dengan berhemah perbelanjaan negara dan akhirnya bila ekonomi negara mengalami kesempitan, ianya dibebankan kembali kepada rakyat.

Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya:

1. Kerajaan di sepanjang masa menunjukkan keseriusan dalam berjimat cermat, mengelakkan pembaziran di samping  bersungguh-sungguh menangani  amalan korupsi  yang berleluasa.

2. Kerajaan menurunkan harga cukai kenderaan yang tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah. Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian  sebagai altenatif mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda.  Sesungguhnya  dua perkara ini begitu  menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian  besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung  keperluan sara hidup mereka  sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama  keluarga dan masyarakat.

3. Rakyat mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan.  Sifat  berbelanja secara sederhana,  berhemat dan  berdasarkan  kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing  di samping  mengelakkan berhutang hendaklah diamalkan.

4. Masyarakat  perlu menyedari bahawa  kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik.  Oleh itu, usaha-usaha  mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia