GBM: Di manakah Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025?

 

Pada 29 November 2012, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), sebuah gabungan 25 NGO-NGO pelbagai agama dan etnik yang tidak berpihak, telah menyerahkan 10 muka surat memorandum kepada kerajaan berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Dalam memorandum tersebut, kami mengalu-alukan inisiatif Kementerian Pendidikan menyediakan kertas putih yang inklusif dan berasaskan perundingan; di mana mengikut kefahaman kami, adalah bertujuan untuk pembangunan dan kemaslahatan semua sektor pendidikan termasuk keagamaan dalam negara.

Pada masa yang sama, kami ingin merakamkan kerungsingan kami kerana kertas putih pendidikan tersebut telahpun dimuktamadkan tanpa mengambil kira sepenuhnya dapatan-dapatan dan saranan-saranan organisasi pertubuhan sivil.

Pelbagai keperihatinan kami menyentuh aspek-aspek penting dalam kertas putih tersebut seperti falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan vokasional, pendidikan vernakular, pengajaran pelbagai bahasa, isu-isu keciciran pengajian dan pengajaran subjek-subjek sejarah, geografi dan kesusasteraan.

Bagi memastikan bahawa saranan-saranan daripada pelbagai kajian dicerminkan dan digabungkan dalam kertas putih yang muktamad, kami menyeru pihak Kementerian Pendidikan untuk melanjutkan tarikh tamat perundingan bagi kertas putih tersebut supaya organisasi pertubuhan sivil berkesempatan untuk mengkaji  draf disemak.

Walaupun kami amat rungsing dan begitu juga pandangan yang sama dari ramai pihak berkepentingan, jelasnya pihak kerajaan akan meneruskan usahanya melaksanakan kertas putih berkenaan. Kenyataan-kenyataan mutakhir oleh Menteri Pendidikan Pertama, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd. Yassin mengisyaratkan bahawa PPPM akan dilancarkan pada 6 September 2013 dan tidak akan ditunda walaupun terdapat bangkangan daripada pelbagai pihak.

Beliau juga telah diberitakan menyatakan bahawa, jika pelan tersebut gagal dilaksanakan, ia akan ditanggapi sebagai satu kelemahan bagi pihak kerajaan disamping akan menjejaskan sistem pendidikan kebangsaan.

Tidak akan ada pihak berkepentingan dalam negara yang akan membiarkan sistem pendidikan kita dijadikan bolasepak politik. Pada masa yang sama, GBM tidak akan menyokong dan mengesahkan pembangunan pendidikan yang mana, mengikut Kementerian Pendidikan, mengandungi 17,000 saranan untuk perubahan tanpa merujuk kepada salinan muktamad; dan memastikan bahawa 17,000 saranan perubahan sebenarnya adalah berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan keterangkuman merentasi sempadan etnik dan faedah kepada semua aliran institusi pendidikan dan komuniti.

Kami menyeru YAB Dato’ Menteri mewartakan laporan muktamad (PPPM 2013-2025) tersebut dengan serta-merta dan menangguhkan pelaksanaan kertas putih tersebut sehingga kami dan rakyat umum Malaysia berpeluang untuk memberi maklumbalas yang terakhir.

Kemaslahatan  pendidikan generasi muda kita layak mendapat pertimbangan berhati-hati dan teliti; dan juga tidak tergesa-gesa dalam membuat dasar dan pelaksanaan.


Diedarkan oleh Majlis Eksekutif Gabungan Bertindak Malaysia

Nota: GBM menggabungkan 25 buah organisasi pertubuhan sivil civil seperti berikut:-

1)          Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

2)          Aliran

3)          Tamil Foundation

4)          Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

5)          Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST)

6)          Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)

7)          Penang Chinese Town Hall (PGCTH)

8)          The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ)

9)          Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)

10)      United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM)

11)      Muslim Professionals Forum (MPF)

12)      Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

13)      Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)

14)      Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

15)      Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)

16)      National Indian Rights Action Team (NIAT)

17)      People’s Green Coalition (PGC)

18)      Anak Muda Sarawak (AMS)

19)      All Women’s Action Society (AWAM)

20)      Partners in Community Organising (Pacos Trust)

21)      Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu-Hua)

22)      Nanyang University Alumni Malaya (Nanda)

23)      Japan Graduates Association, Malaysia (JAGAM)

24)      Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (GPAUTM)

25)      Islamic Renaissance Front  (IRF)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia