Kira-kira 120 orang aktivis IKRAM seluruh negara hadir program anjuran IKRAM Pusat ini bagi mendapatkan input mengenai latar belakang dan perkembangan terkini di Mesir.
Foto: Dr Parid, Dr Hafidzi dan Ustaz Haris
Dalam ucapan perasmian oleh Presiden, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, katanya, IKRAM bersama-sama membantu golongan yang teraniaya kerana kezaliman tentera Mesir sudah sampai ke satu tahap yang amat dahsyat. Tambah beliau, kita perlu membantu rakyat Mesir mencapai cita-citanya.
“Kita kena peka untuk terlibat membantu rakyat Mesir untuk mengangkat diri mereka, mengatasi masalah yang sedang mereka hadapi dan membawa mereka keluar daripada krisis hinga akhirnya dapat memacu kembali langkah-langkah ke hadapan,” tegasnya.
Turut sama hadir dalam ToT adalah Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi JK Hal Ehwal Antarabangsa, Ustaz Wan Subki Wan Salleh.
Katanya, IKRAM tidak mahu masyarakat mendapat maklumat yang salah tentang keadaan yang berlaku di Mesir dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.
ToT yang berlangsung sehari menampilkan pembentangan menegenai Mesir daripada Dr Maszlee Malik, Dr Hafidzi Mohd Noor, Ustaz Alias Othman dan Ustaz Abd Haris Bain, Wakil Presiden IKRAM di Mesir yang baru pulang daripada bumi yang bergolak tersebut.
Di akhir ToT, satu resolusi dirumuskan bahawa setiap IKRAM Negeri perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk Mesir bagi menyelaraskan aktiviti penerangan kepada masyarakat di peringkat negeri dan daerah.