Walimah Jama’ie budaya baru, jimat belanja

“Ini merupakan satu di antara usaha dan tradisi baru, kami memang berkecenderungan untuk menjadikan ia satu budaya baru dalam masyarakat kami (ahli IKRAM) dan ini diharap akan menyelesaikan banyak masalah,” katanya dalam Walimah Jama’ie IKRAM Kajang (WAJIK ‘13) di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang semalam.

Tambahnya, dari sudut kewangan, masa dan juga kesibukan, pendekatan seperti ini dapat menyelesaikan banyak masalah kerana majlis dijalankan serentak dengan sejumlah keluarga dan pasangan dalam satu tempoh yang sama

Seramai 10 pasangan terlibat dalam majlis perkahwinan yang dianjurkan termasuk anak perempuan Dr Parid sendiri, Shaima’. Dianggarkan seramai 6,000 orang tetamu yang hadir dalam majlis anjuran Jawatankuasa Baitul Muslim IKRAM Daerah Kajang ini.

Sementara itu, Dr Katiman Rostam, bapa kepada pengantin Ilmi Nadhrah berkata, beliau berasa gembira dengan perkahwinan anak kelimanya yang terlibat dalam majlis yang dilakukan hari ini.

“Alhamdulillah, kami rasa bersyukur ke hadrat Ilahi dengan suasana yang cukup meriah. Diharapkan majlis seperti ini akan menjadi contoh dan teladan kepada ahli IKRAM mahupun yang bukan ahli.

“Dengan majlis seperti ini, yang tersiratnya kita dapat menjimatkan belanja dan masa, dan yang lebih penting adalah perlunya kita menunjukkan pada masyarakat bahawa kita mempunyai cara yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan,” katanya.

Kos penganjuran walimah jama’ie ini amat menjimatkan iaitu sebanyak RM90,000 dengan anggaran setiap keluarga menyumbang sekitar RM5,000. Jika majlis perkahwinan diadakan berasingan dengan kos minimum RM10,000 setiap keluarga, kosnya akan melambung kepada RM200,000.

Semoga penganjuran majlis walimah jamaie ini memenuhi tema dan hasrat setiap pasangan yang berkahwin iaitu “Walimah Jama’ie, Syariah Dipatuhi, Perkahwinan Diberkati”, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia