Beliau menyerahkan ‘mock cheque’ sumbangan kepada Naib Presiden IKRAM, Ustaz Wan Subki Wan Salleh dalam program Training of Trainers (ToT) Mesir di Kuliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa. Turut menyaksikan sumbangan tersebut ialah Ustaz Rosli Yusof, YDP IKRAM Kedah.
Menurut Dr Rozmey, komitmen pembayaran sumbangan tersebut akan diserahkan secara berperingkat dalam masa beberapa bulan kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia, iaitu RM100,000 untuk Mesir dan RM250,000 untuk Syria.
Katanya, infaq fi sabilillah adalah jalan meraih cinta Allah di samping ia adalah salah satu ‘perniagaan’ yang menguntungkan.
“Kita kena yakin setiap daripada kita, berkorban untuk agama kita, wang ringgit atau sebagainya, kita sudah mendapat keuntungan, kita tak pernah rugi,” tambahnya.
Beliau adalah pengasas Herba Prima Marketing dan dR Rozmey Group yang menaungi beberapa anak syarikat yang menjual pelbagai produk kesihatan serta menembusi pasaran antarabangsa.
Selain Mesir dan Syria, beliau turut menderma untuk membina sebuah masjid di Gaza. Semoga lebih ramai ahli perniagaan Muslim mencontohi beliau yang prihatin dengan keadaan umat Islam di luar negara yang memerlukan, insya-Allah.