Lima jam sebelum berlepas, pasport dikebas orang!
KUALA LUMPUR – Muhammad Mus’ab Muzahar, peserta termuda Aqsa2Gaza2 (A2G2) cemas seketika sebaik sahaja selepas sahur Sabtu lalu. Bayangkan, cuma kira-kira lima jam sebelum dijadualkan menyertai penerbangan ke Mesir, kereta yang digunakannya dipecahkan dan komputer ribanya hilang. Lebih teruk lagi, pasport antarabangsanya turut dilarikan!



