Lima jam sebelum berlepas, pasport dikebas orang!

Akibatnya, beliau tidak dapat menyertai penerbangan pada jam 10.30 pagi pada hari tersebut kerana terpaksa membuat laporan polis dan menguruskan hal kehilangan pasportnya di pejabat Imigresen Putrajaya.

ujian1 ujian1 ujian1

Ketika kejadian, beliau bersama beberapa orang rakan dari Terengganu baru selesai bersahur di sebuah restoran di Wangsa Maju dekat sini. Sebaik sahaja tiba di tempat letak kereta, Mus’ab terkejut apabila mendapati satu daripada cermin tingkap kereta milik bapanya telah dipecahkan. Apabila memeriksa bahagian dalam kereta, beliau mendapati komputer riba dan pasportnya telah hilang.

Mus’ab bagaimanapun berjaya menaiki penerbangan pada keesokan paginya iaitu pada jam 10.20 pagi. Bagaimanapun sebelum itu, beliau diuji sekali lagi apabila penerbangan yang sepatutnya membawa beliau ke Kaherah pada 10.20 malam, tidak dapat berbuat demikian kerana menghadapi masalah tiket.

Mus’ab akhirnya selamat tiba di Kaherah pada 4.20 petang waktu tempatan. Beliau dijangka akan masuk ke Gaza lewat hari ini untuk bergabung dengan kumpulan yang bertolak awal.

Mus’ab yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak merupakan satu-satunya mahasiswa yang terpilih menyertai misi A2G2 ini. Beliau mewakili mahasiswa Malaysia untuk mendapatkan maklumat awal bagi menjayakan projek Jemaah YDP MPP IPT Malaysia iaitu Projek MyGaza Mission yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Misi A2G2 dijangka mengambil masa selama lapan hari sehingga 28 Ogos depan. Matlamat utamanya adalah menyerahkan wang kutipan daripada rakyat Malaysia berjumlah RM1.1 juta yang telah dikumpulkan oleh Aqsa Syarif Berhad.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia