1,000 hadiri Ijtimak Ramadhan IKRAM Selangor

Majlis perasmian ijtimak ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa IKRAM Pusat, Jawatankuasa IKRAM Negeri dan Daerah di Selangor serta peserta daripada ahli IKRAM termasuk pemuda dianggarkan berjumlah 1,000 orang.

Majlis diteruskan dengan forum yang bertajuk Membangun Peribadi Da’ie Bertaqwa Melalui Tarbiah Ramadhan, dikupas oleh dua ahli panel iaitu Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa IKRAM. Forum dipengerusikan oleh Dr Roslan Mohamed, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.


Kemudian, pada sesi petang acara Rampai Ramadhan memberi peluang kepada semua peserta ijtimak maklumat terkini aktiviti Aqsa Syarif Berhad (AQSA) oleh Ahli Lembaga AQSA, Dr Fauziah Hassan, Raudhatus Sakinah (RS) oleh Pn Siti Aini Jamil dan Hidayah Centre oleh Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria.

Sementara itu, AJK Perhubungan Antarabangsa IKRAM, Ust Abdul Haris Bain memberi taklimat mengenai fungsi jawatankuasa tersebut dan perkongsian lawatan beliau ke Mesir baru-baru ini. Tuan Hj Mahamad Naser Desa daripada Dewan Amal Islami (Damai) turut menyampaikan tajuk Salah Faham Terhadap Kedudukan Agama Islam di Malaysia. Sesi ini dikendalikan di ruang solat utama Masjid WP.

Sesi seterusnya, selepas solat Asar diikuti dengan tadarus berkelompok hingga berbuka puasa bersama orang ramai. Malam ke-21 Ramadhan dipenuhi dengan solat sunat tarawih, qiyamullail fardi dan jama’i seawal jam 3.00 pagi diimamkan oleh Dr Solah yang turut dihadiri oleh orang awam yang memenuhi masjid. Kehadiran ahli IKRAM ditambah pula dengan orang ramai menyebabkan makanan utama untuk sahur kehabisan dan sebahagian jamaah dibekalkan dengan roti dan air kotak.

Setelah solat Subuh dan kuliah, diadakan majlis penutup jam 8.00 pagi dengan sedikit ulasan dan ingatan oleh Pengarah Program Ust Fathul Rahim Temyati, diikuti ucapan penutup oleh YDP IKRAM Selangor serta bacaan doa penutup majlis yang syahdu daripada Dr Roslan Mohamed sehingga mengalirkan air mata para hadirin.

Semoga semua ahli yang terlibat dan hadir mendapat keberkatan Lailatul Qadar, Iktikaf di Masjid WP pada Ramadhan ini dan meningkatkan iman dan amal ahli dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan memimpin dakwah di Selangor, insya-Allah.

 

(Gambar ihsan Abu Ikram)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia