Ahli Jawatankuasa IKRAM Negeri
Yang DiPertua Mohamed Radzi Abdul Wahab Timbalan Yang DiPertua Zulkarnain Mohamad, Ustaz Ketua Wanita Ustazah Ruswati Hashim Setiausaha Wan Muda
Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan
Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan.
Yang DiPertua Mohamed Radzi Abdul Wahab Timbalan Yang DiPertua Zulkarnain Mohamad, Ustaz Ketua Wanita Ustazah Ruswati Hashim Setiausaha Wan Muda
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri PerlisLot 2550, KM 2, Jalan Padang Nyu02600 Arau, Perlis Indera Kayangan, MALAYSIATel: +604-986 2062

HULU LANGAT – Mukhayyam Khariji anjuran Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Shah Alam telah berjaya diadakan di Kem D’Sungai Lepoh, Hulu Langat pada 30 April dan 1 Mei 2011 yang lalu. Mukhayyam yang bertemakan “Ukhuwah didahulukan, Tarbiyah diutamakan” ini julung kali diadakan pada tahun 2011 menggabungkan ikhwah yang terdiri daripada syabab dan syuyukh.

SHAH ALAM – Aqsa Syarif Shah Alam dan Aqsa Syarif Klang telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Amal Palestin pada Jumaat 29 April 2011 di Dewan Sri Bestari, INTEKMA Resort. Program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan kepada rakyat Palestin yang tertindas. Penganalisis politik Timur Tengah, Dr Azzam Tamimi telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Palestine Liberation and Middle East Crisis”.

KOTA BHARU – Seminar Bapa Cakna, Ibu Bahagia, Anak-anak Terbina anjuran bersama JK Pembangunan Keluarga IKRAM Kelantan dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Pusat Pendidikan Aman telah diadakan pada pagi Sabtu 23 April 2011 di Dewan Sri Rambai, dihadiri lebih daripada 100 peserta. Ustaz Alias Osman dijemput khas sebagai penyampai utama seminar ini.
SERI KEMBANGAN – Seruan untuk memperkukuh jemaah, pasukan, kelompok atau bangsa tertentu semata-mata dan tidak diikat dengan ‘tali’ Allah adalah seruan yang kabur malah boleh mengundang pecah belah dalam masyarakat, demikian pandangan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam dinding laman sosial facebooknya pagi tadi.
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia