Rang Undang-undang ganti ISA: Pendirian IKRAM

Namun IKRAM kesal dengan kelulusan rang undang-undang baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dikatakan lebih baik daripada ISA. IKRAM juga kesal dengan kegagalan pihak Kerajaan mengadakan ruang rundingan awam yang munasabah sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan seperti tempoh penahanan 60 hari dipendekkan kepada 28 hari namun ternyata melalui bantahan yang dibuat oleh pelbagai pihak, khususnya oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pakatan Rakyat, ternyata masih terdapat beberapa masalah besar berhubung akta baru berkenaan.

Antaranya ialah kuasa tahan tanpa bicara 28 hari kepada polis, kesamaran tafsiran kesalahan keselamatan, peruntukan ikat jamin yang tidak dibenarkan, penahanan yang boleh terus dilakukan sehingga semua prosedur rayuan selesai dan penggunaan peranti pengawasan elektronik yang bercanggah dengan hak kebebasan bergerak dan privasi.

IKRAM berpendapat soal memelihara keselamatan dan menangkis ancaman keganasan kepada negara adalah penting namun ia tidak sama sekali boleh membenarkan apa sahaja tindakan termasuk penyalahgunaan kuasa, penyeksaan dan kezaliman, apatah lagi yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang dituntut oleh Islam.

Kaedah fiqh menyatakan bahawa sesuatu mudarat tidak boleh diatasi dengan suatu mudarat yang lain. Malah, IKRAM menentang mana-mana akta yang membuka pintu kezaliman dalam semua keadaan pada setiap masa. Amatlah nyata berlakunya banyak pelanggaran berkenaan dalam ISA jika diteliti testimoni, dokumentasi, laporan dan pendedahan yang telah dibuat oleh bekas tahanan ISA dan ahli keluarga mereka. Akta baru ini memberi ruang kepada pelanggaran-pelanggaran tersebut untuk berulang.


Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia