STEP 2012: Lebih 1,200 pelajar hadiri program sulung Kelab IKRAM Mesir

Kelab IKRAM Mesir telah disahkan penubuhannya secara rasmi oleh EME pada 28 Mac 2012 yang lalu. Untuk mendapatkan motivasi dan gambaran jelas kepada pelajar di Mesir tentang profesion perubatan, dua penceramah dari Malaysia telah dijemput iaitu Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, pakar perunding Obstetriks dan Ginekologi UKM, dan Dr Hafidzah Hj Mustakim, doktor perubatan Klinik Perdana Islah.


STEP 2012 dirasmikan oleh Pengarah EME, Prof Madya Dr Hj Su’aidi Dato’ Hj Safei . Majlis turut dihadiri Ustaz Abdul Haris Bain, Penasihat Kelab IKRAM Mesir dan para pegawai EME. Dalam ucapan perasmiannya, Dr Su’aidi mengucapkan tahniah kepada Kelab IKRAM Mesir dan Medic Mesir atas penganjuran konvensyen ini dan berharap para pelajar dalam memanfaatkan program ini untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam pembangunan kendiri ke arah menjadi profesional yang cemerlang.

Terdahulu Saudara Nik Abd Rahman Nik Mazian, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Kaherah selaku Pengarah STEP 2012 dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama semua pihak dalam memberikan pendedahan tentang realiti kehidupan seorang doktor untuk melahirkan doktor dan Muslim profesional cemerlang yang akan pulang berkhidmat di bumi tercinta Malaysia. Puan Siti Haniza Mohd Nazri dari Medic Mesir turut berucap dan berharap agar para pelajar dapat mengambil kesempatan menimba ilmu dan tips untuk menjadi doktor yang berjaya.


Dr Hafidzah menyampaikan tajuk “Survival Tips for Medical Students” sementara Dr Harlina menyampaikan tajuk “Becoming Five Star Medical Doctors: What does it mean?” Kedua-dua penceramah berjaya memberi semangat dan motivasi untuk berjaya dalam bidang perubatan dan cabaran dalam menghadapi alam kerjaya, rumahtangga dan berdakwah dalam masyarakat.


Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid dua kumpulan pelajar Malaysia di Mesir. Kebanyakan peserta berpuas hati dengan perjalanan program dan pengisian yang diberikan oleh kedua panel amat bermakna untuk menjadi bekalan sebagai pakar perubatan yang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat. Tahniah buat Kelab IKRAM Mesir yang merintis program sulung yang besar dan hebat ini. Semoga usaha dakwah dan tarbiah pelajar Malaysia berkembang subur di bumi Anbia’ ini, insya-Allah. STEP Haybat!

 

Sumber:

Gambar STEP 2012

Video Ceramah Dr Harlina

Video Ceramah Dr Hafidzah

Video Nasyid

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia