Hidayah Centre Pulau Pinang terima kunjungan pelajar UUM

Kunjungan pelajar UUM anjuran IKRAM IPT Kubang Pasu, Kedah ini disambut dengan program pengisian bersama JK IKRAM Pulau Pinang, Dr Roslan Hashim pada sebelah petang dan kemudian mereka bersiar-siar ke tempat menarik di sana antaranya Muzium Pulau Pinang dan Galeri USM.

Kembali ke Hidayah Centre, majlis kemuncak bermula dengan hidangan makan malam. Setelah itu, Pengerusi HCPP Saudara Yusni Ghazali (gambar utama) menerangkan serba sedikit tentang Hidayah Centre yang disertakan dengan pembentangan slaid dan gambar-gambar program yang lalu.

Seterusnya Saudari Siti Sarah Khoo (gambar atas kiri) dijemput khas untuk berkongsi pengalaman beliau sebelum, semasa dan selepas memeluk Islam. Peluang kepada tiga orang saudara kita (gambar atas tengah) turut diberi secara ringkas berkongsi pengalaman mendapat Hidayah dan bagaimana berdepan dengan cabaran setelah menjadi Muslimah.

Kemudian, semua pelajar diberi nasihat khas dari Saudara Jumaat Yang Jie (gambar atas kanan) yang datang untuk meraikan para pelajar. Antara pesanan beliau setelah berkongsi pengalaman beliau memeluk Islam ialah “Sure there are difficulties, more difficult, more pain, more we get from Allah“, menjadi penguat semangat kepada tiga orang saudara kita yang hadir. Saudara Khaw (gambar bawah kiri) pula berkongsi kisah kehidupan sebagai Islam yang menarik perhatian para pelajar UUM ini.

Akhir majlis, ketua rombongan pelajar UUM, Saudara Razman Ramzan (gambar bawah tengah) yang merakamkan penghargaan kepada HCPP di samping menyampaikan cenderahati IKRAM IPT Kubang Pasu kepada pihak HCPP. Penyampaian cenderahati oleh HCPP kepada pelajar UUM menutup majlis pada malam itu. Sejumlah sumbangan turut diberikan kepada HCPP untuk merancakkan lagi program menyantuni saudara kita di Pulau Pinang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia