
ToT Mesir: Sampai maklumat tepat kepada masyarakat
GOMBAK – Training of Trainers (ToT) Mesir telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Sabtu lalu bagi memberi pendedahan kepada semua aktivis IKRAM mengenai maklumat yang tepat mengenai Mesir untuk disampaikan kepada masyarakat.
Di samping itu, aktivis IKRAM perlu melaksanakan pelbagai akitiviti penerangan terkini Mesir di peringkat negeri dan daerah, setelah pulang daripada ToT Mesir.




