Timbalan Presiden IKRAM kunjungi Duta Besar Malaysia di Mesir

Mereka telah bertukar-tukar pandangan tentang aktiviti pelajar-pelajar Malaysia di sana khususnya dalam penglibatan Kelab IKRAM Mesir (KIM).

Dalam pertemuan itu, Ustaz Hasanuddin menjelaskan bahawa beliau dan IKRAM sendiri sentiasa berpesan kepada ahli-ahli KIM agar sentiasa menumpukan kepada penguasaan akademik dan Bahasa Arab serta tidak lupa kepada aqad mereka dengan pihak penaja yang terdiri daripada agensi-agensi berkaitan termasuk ibu bapa penjaga masing-masing. Mereka diterbangkan ke bumi Mesir adalah untuk belajar, belajar dan belajar.

Dalam usaha memastikan ahli-ahli KIM menjadi pendakwah yang berkesan dan bermanfaat untuk negara ketika kembali nanti, beberapa siri ceramah untuk mereka telah disampaikan.

Ustaz Hasanuddin juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan pesanan kepada ahli-ahli KIM betapa pentingnya cinta dan mempertahankan negara dan tanah air serta pendekatan memastikan Malaysia menjadi Negara Rahmah.

Sebagai Pengarah Jabatan Agama FELDA, beliau turut menjelaskan kepada TYT berkaitan perkongsian dengan ahli-ahli KIM tentang kejayaan negara dalam mewujudkan FELDA sejak sebelum merdeka dan ia merupakan contoh terbaik pendekatan wasatiyyah berdasarkan Maqasid Syariah.

Pada akhir pertemuan, TYT menyatakan harapan beliau yang mengharapkan agar KIM terus berinteraksi dan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia melalui Education Malaysia Egypt (EME).


Sumber: http://on.fb.me/1tKxihL

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia