Kedatangan mereka disambut enam AJK dan staf IKRAMedia yang dikendalikan oleh Pengurus Jabatan, Hj A Ralim M Yassen.
Selesai makan tengahari dan solat Zohor, para peserta mendengar taklimat berkenaan IKRAM, IKRAMedia dan kepentingan menyampaikan dakwah secara umum oleh Hj Ralim. Program diteruskan dengan taklimat portal IKRAM dan facebook IKRAM oleh Eksekutif Kanan Media, Sdr Mohammad Hafizuddin Abdul Mukti.
Hj Ralim, Aiman dan demo temuramah
Kemudian, para peserta melihat dengan dengan lebih dekat demo rakaman video oleh Sdr Noor Aiman Abd Aziz. Mereka juga terlibat dalam aktiviti menulis berita, rakaman bacaan berita dan sesi terumamah. Hasil rakaman tersebut dipaparkan kepada peserta pada akhir lawatan sebagai kenangan.
Demo temuramah dan pertukaran cenderamata
Para peserta turut bersemangat untuk menyertai bengkel media jika diadakan pada masa akan datang. Lawatan berakhir dengan pertukaran cenderamata antara wakil IKRAMTeens Klang dan IKRAMedia.
Semoga lawatan memberi kesedaran kepada para remaja tentang kepentingan media dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat, insyaa-Allah.