Exco Selangor lawat Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad

Lawatan beliau yang bermula jam 10.00 pagi itu telah disambut oleh Pengarah Pusat Pendidikan Al-Amin, Hj Shaharom Md Shariff, Ahli Lembaga Pengarah dan guru-Guru PPAAB.

Lawatan dimulakan dengan pembentangan oleh Hj Shaharom mengenai sekolah-sekolah PPAAB yang berada di seluruh Malaysia terutamanya di Selangor seterusnya sesi soal jawab dan perkongsian idea antara Nik Nazmi dengan Ahli Lembaga Pengarah serta guru-guru.

Pembentangan oleh Hj Shaharom, pemberian cenderamata oleh PPAAB dan hadiah buku Jiwa Merdeka oleh Nik Nazmi

Menurut Nik Nazmi, PPAAB dilihat semakin berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1986 termasuklah peningkatan jumlah pelajar dan kemudahannya.

“Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada sektor pendidikan swasta selari dengan pengiktirafan kepada pilihan ibu bapa yang inginkan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik,” tambah beliau.

Beliau juga akan membantu memberikan sokongan agar pelajar-pelajar PPAAB dapat turut serta sepenuhnya dalam program-program ko-kurikulum seperti sekolah-sekolah kerajaan lainnya.

Nik Nazmi dibawa meninjau sekitar sekolah

Dalam pertemuan itu, Nik Nazmi turut menghadiahkan dua naskhah buku ‘Jiwa Merdeka: Himpunan Esei Pimpinan Muda KEADILAN’ yang mengandungi esei mengenai dasar pendidikan yang ditulis oleh beliau sendiri.

Beliau seterusnya dibawa meninjau kawasan Sekolah Rendah Islam Al-Amin dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin serta infrastuktur dan kemudahan sekolah seperti makmal sains, kantin, surau dan lain-lain yang disediakan pihak sekolah bagi kemudahan pelajar. Lawatan usai selepas makan tengahari bersama dan solat zohor berjamaah.


Sumber:

1. http://on.fb.me/1EExPtO

2. http://on.fb.me/1ueQ0mO

3. http://bit.ly/14gDtWi

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia