
Kepimpinan Berteraskan Nilai Murni Sejagat
Dalam abad ke-21 yang menyaksikan perkembangan teknologi yang begitu pantas dan tangkas, aspek kepimpinan menjadi satu faktor utama yang perlu diberikan keutamaan. Semakin jauh jangkauan potensi manusia meneroka alam persekitarannya, semakin kompleks permasalahan yang memerlukan jalan penyelesaian unik dan bijaksana.