Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

65% hadirin Majlis Tahun Baru Cina Hidayah Centre adalah bukan Melayu


SERI GOMBAK – Program Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Januari 2012. Program ini merupakan program anjuran bersama Hidayah Centre, Pertubuhan IKRAM Malaysia Gombak dan Ampang Jaya dengan kerjasama Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Selangor dan Restoran Hj Sharin Low. Berbeza dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun lepas, penganjuran kali ini yang bertemakan “Happy Happy Gong Xi Fa Cai” telah diadakan di Restoran Hj Sharin Low cawangan Sri Gombak bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Read More »

Jadilah Qudwah Yang Baik Di Luar Negara: Dr Mahmoud Ezzat

“Jadilah qudwah (teladan) yang baik di luar negara”. Begitulah pesanan Syeikh Dr Mahmoud Ezzat, apabila saya bertanya kepada beliau, apakah pesanan beliau kepada pelajar-pelajar dan ahli-ahli IKRAM yang sedang berada di luar negara yang tidak dapat bersama-sama dalam lawatan Naib-naib Mursyid Am pada kali ini.

Read More »

Dakwah: Persoalan yang menusuk hati

Syeikh Dr Juma’ah Amin, Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimun, dalam siri lawatannya ke Malaysia, mengingatkan saya kepada satu perkara yang sangat asas. Ketika ditanya tentang dakwah, saya kagum dengan bahasa mudahnya ketika menjawab.

Read More »

Syeikh Juma’ah Amin: Pelihara dan Bangunkan Dakwah Ini!

KUALA LUMPUR – “Pelihara dan bangunkan dakwah ini”. Demikian antara intipati penting pesanan Syeikh Juma’ah Amin kepada Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) semasa sesi makan malam perpisahan antara rombongan Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin dengan Jawatankuasa Pusat IKRAM pada hari Khamis, 2 Februari 2012 yang lepas.

Read More »

Catatan Pengalaman Misi ‘BoT to Gaza’ (B2G)

GAZA CITY – Tiga orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif (BoT) telah mengadakan lawatan ke Gaza dengan misi ‘BoT to Gaza’ (B2G) pada 23 Januari hingga 29 Januari 2012. Mereka adalah Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi), Ir Dr Selamat Aliman (Bendahari) dan Ustaz Kamaruzzaman Abdul Rahim (Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif). Rombongan ini turut diiringi seorang sukarelawan, Saudara Abdul Azim Ismail.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia