Syeikh Juma’ah Amin: Pelihara dan Bangunkan Dakwah Ini!

Beliau mengatakan bahawa dakwah yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berpandukan dakwah Rasulullah SAW ini telah berjalan selama lebih setengah abad dan akan terus berkembang. Beliau mengingatkan agar kita memelihara dakwah ini daripada kumpulan yang ingin memerangi dakwah yang mulia ini. Memelihara dakwah ini daripada golongan batil yang ingin mengurangkan impak dakwah yang ingin membawa kesejahteraan kepada alam ini.

Pada pertemuan yang berlangsung dalam suasana yang penuh ukhuwah dan ceria ini, beliau yang juga merupakan Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan lawatan ke Malaysia pada kali ini. Beliau dapat melihat perkembangan dakwah dan kegiatan IKRAM yang semakin menyerlah. Beliau gembira dapat bermu’ayasyah (bergaul) dengan pimpinan dan ahli-ahli IKRAM di semua peringkat.

Beliau berpesan kepada kita agar kita mengambil pengajaran dan iktibar daripada pertemuan-pertemuan ini. Iktibar yang perlu diambil adalah daripada pelbagai dimensi: dimensi dakwah, dimensi tarbiah serta dimensi tanzimi (pengorganisasian). Ini perlu dilakukan supaya dakwah dan IKRAM akan terus berkembang dan bertambah kuat dan kukuh.
Syeikh Juma’ah Amin juga melahirkan rasa sedih beliau kerana akan berpisah dengan sahabat-sahabat di Malaysia dan berharap akan bertemu lagi pada masa akan datang.

Di akhir ucapannya beliau mengingatkan bahawa:
“Allah SWT memberi dunia kepada mereka yang dikasihi dan tidak dikasihi. Tetapi Allah swt member agama kepada mereka yang Dia kasihi sahaja”.

Sementara itu Syeikh Dr Mahmoud Ezzat dalam ucapan ringkasnya mengucap terima kasih dan mendoakan agar dakwah kita akan terus berkembang.

Di akhir majlis yang bersejarah ini, Syeikh Juma’ah Amin telah memimpin bacaan Doa Rabitah. Semua yang hadir telah bergambar beramai-ramai dengan kedua-dua tokoh IM ini.

Keesokan paginya, pada 3 Februari 2012, para tetamu kita telah berangkat pulang.

Alhamdulillah, lawatan bersejarah dua orang Naib Mursyid Am ke Malaysia pada kali ini telah memberi manfaat yang besar kepada perkembangan dakwah di Malaysia.

Nahar Md Nor
5 Februari 2012

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia