65% hadirin Majlis Tahun Baru Cina Hidayah Centre adalah bukan Melayu

Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 Sambutan pada tahun ini menyaksikan peningkatan jumlah tetamu yang belum Islam (non-Muslim) terutamanya bangsa Cina dan tidak ketinggalan masyarakat India yang turut hadir memeriahkan majlis. Anggaran tetamu yang memenuhi ruang sekitar majlis berlangsung melebihi 600 orang dengan 65 peratus daripadanya bukan Melayu. Jumlah ini melepasi sasaran 50 peratus yang ingin dicapai oleh pihak penganjur. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi pujian bagi Allah yang telah membuka ruang berkenal-kenalan antara pelbagai bangsa di Malaysia sekali gus membuka peluang dakwah seluasnya kepada setiap Muslim yang hadir, sebagaimana kalam Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sesungguhkan kami menciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kalian saling mengenali.”

(Al-Hujurat 49: 13)

Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk:

• Memperkenalkan konsep kemasyarakatan Islam kepada masyarakat bukan Islam terutamanya kepada rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua berkenaan keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang sesuai dipraktikkan oleh semua bangsa.

• Menyingkirkan salah anggap terhadap agama Islam yang selama ini digambarkan oleh media-media barat sebagai agama yang menganjur keganasan dan tiada toleransi.

• Meraikan dan menyantuni saudara baru berbangsa Tionghua dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina

Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012

Majlis dimulakan dengan persembahaan Tarian Singa sebagai persembahan pembukaan. Jelas tergambar keterujaan sebahagian tetamu terutamanya bagi yang pertama kali menyambut perayaan masyarakat Cina ini dan melihat Tarian Singa secara langsung. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi MACMA Selangor, Hj Sharin Low yang juga merupakan pemilik Restoran Hj Sharin Low. Hj Sharin telah berjaya mengembangkan sayap perniagaannya sehingga membawa kepada pembukaan lapan buah cawangan restoran sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012

Majlis sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Ibrahim Syed Noh selaku Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Dalam ucapannya, beliau menegaskan pendirian IKRAM sebagai sebuah badan NGO Islam yang amat menyokong usaha-usaha penganjuran sambutan yang mengumpulkan rakyat berbilang bangsa sesuai dengan konsep Islam sebagai ‘rahmatan lil ‘alamin’. Majlis sambutan yang diadakan pada tahun ini merupakan penganjuran kali ketiga Hidayah Centre dan telah menjadi salah satu program tahunan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010. Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua.

Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012Gabungan tiga orang pengacara majlis iaitu Sdr Mohd Farid dengan versi berbahasa Inggeris, Hj Kamal Koh dengan versi Mandarin dan DJ Idris dengan versi bahasa Melayu cukup menceriakan majlis. Alunan Firdausi Entertainment (AFE) telah diberi mandat buat kali kedua untuk pengurusan teknikal sambutan Tahun Baru Cina anjuran Hidayah Centre.

Program ini terbuka kepada masyarakat umum dengan syarat mesti membawa bersama sekurang-kurangnya seorang rakan yang terdiri daripada saudara baru/ Muallaf atau rakan belum Islam (non-Muslim) untuk berkongsi kegembiraan meraikan perayaan kebudayaan masyarakat Cina disamping mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun.

Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012Para tetamu dihidangkan dengan makanan tradisi bangsa Cina hasil sentuhan pemilik restoran berkenaan. Pengalaman pertama merasai masakan Cina pastinya membuka selera setiap tetamu yang hadir. Sambil menikmati santapan, para tetamu berpeluang mendengar perkongsian ilmu bertajuk “Chinese Muslim Contribution in China“. yang telah disampaikan oleh Hj Sharin Low sendiri. Mutiara-mutiara berharga yang dikongsikan berkenaan perkembangan awal Islam yang telah bermula dari negara China cukup membuka minda tetamu yang hadir. Beliau juga berkongsi pengalaman berkaitan pendekatan terbaik mewujudkan masyarakat yang harmoni di negara Malaysia melalui persefahaman dalam beragama. Di samping itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran badut daripada ‘Siso De Clown’ yang juga merupakan saudara baru yang disantuni oleh Hidayah Centre, saudara Adam Lee. Dalam pada itu, pengarah program, Sdr Zun Arif Hakim Abdul Rahman turut mengambil peluang mempromosikan Teater Pentas Islamofobia anjuran Hidayah Centre yang telah pun dipentaskan pada 8 Februari lalu.

Tayangan multimedia turut disiarkan kepada tetamu berkisar mengenai kajian Sains dan perkaitannya dengan al-Quran serta video ‘Open Your Eyes’ nyanyian Maher Zain yang diharapkan akan membuka mata hati setiap tetamu. Sesuatu yang tidak dapat disangkal, dewasa ini ramai daripada kalangan ahli sains dan matematik telah menerima dan mengakui kebenaran Islam menerusi penemuan hasil kajian mereka telah disebutkan dalam al-Quran sejak 1400 tahun dahulu.

Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre 2012Hidayah adalah milik Allah. Tarikh bersejarah 28 Jan 2012 menyaksikan pengislaman seorang anak muda, Sdr Rajas (bukan nama sebenar) Bumiputera Sabah, berusia 20 tahun yang telah melafazkan syahadahnya ditengah-tengah keriuhan orang ramai yang hadir. Alhamdulillah. Beliau adalah insan terpilih untuk menerima hidayah Allah s.w.t.  Dakwah itu mudah bukan?

Sebagai pelengkap majlis, cabutan bertuah juga turut diadakan khusus bagi memeriahkan majlis dan meraikan tetamu yang hadir. Lebih istimewa apabila golongan kanak-kanak turut diberikan ang pow seperti tradisi sambutan Tahun Baru Cina yang sejajar tuntutan Islam yang amat menggalakkan amalan bersedekah.

Menariknya, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini mendapat liputan yang meluas daripada media. Media terawal yang menulis artikel berkenaan sambutan Tahun Baru Cina ialah akhbar Utusan Malaysia. Antara media yang hadir membuat liputan termasuklah daripada TV9, TV Alhijrah, RTM dan tidak ketinggalan IKRAMedia.

Semoga usaha sama daripada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran majlis ini diberkati dan diganjaran dengan balasan kebaikan oleh Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia