
ERAT 2011 bimbing bakal mahasiswa
PUTRAJAYA – IKRAMTeens Wilayah Persekutuan, IKRAMTeens Selangor, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan satu program khas untuk lepasan SPM, STPM, STAM dan Matrikulasi iaitu Eksplorasi Remaja Ambang IPT (ERAT 2011). Program yang diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei ini berjaya mengumpulkan 144 orang peserta daripada hampir seluruh negara.




