Kembara Dakwah di Bumi Mesir [Bahagian 1]

Ketibaan kami di bumi tsaurah (kebangkitan) Mesir dari Czech, disambut oleh Ustaz Haris, Saudara Faisal dan anakanda Khadijah sekitar jam 9.00 malam waktu Mesir hari Selasa 3 April 2012. Kami di bawa terus ke rumah Ustaz Haris dan Ustazah Rosmawati (gambar kiri, tengah) yang menjadi penginapan enam bintang kami selama empat malam di bumi Anbia ini.

Ternyata Ustaz dan Ustazah merupakan hos yang amat baik memenuhi semua aspek keperluan kami; daripada makanan yang begitu menyelerakan siap dengan lauk pauk termasuk  acar Mesir dan pajeri terung, pelbagai buah termasuk limau dan strawberi besar lagi manis, hinggalah tempat penginapan yang begitu selesa.

Keesokan paginya kami di datangi oleh dua orang kuat program STEP 2012, Pengerusinya Saudara Abd Rahman Nik Mazian dan Saudara Salman, AJK Protokol untuk memberi taklimat kepada kami tentang program yang akan diadakan. Kami mendapat khabar bagaimana keseluruhan program ini dirancang dalam masa dua minggu dan publisiti program digerakkan sepenuhnya melalui alam maya; pimpinan menggerakkan ahli untuk memaksimakan publisiti melalui wall FB masing-masing.

Dr Har sempat berkongsi pengalaman rakan mereka di Czech yang berjaya mendapatkan sambutan 200 daripada 300 pelajar Malaysia untuk hadir ke program mereka. Ini sedikit sebanyak memberikan idea kepada Saudara Rahman dan AJK untuk menambah baik program mereka.

Selepas itu Ustaz Haris dan Saudara Faisal, dengan keretanya yang cukup selesa, membawa kami untuk membuat kunjungan hormat bertemu Puan Kamilia, Pengerusi ICWC  (International Child and Women Committee) di pejabatnya di Muhandisin. Dalam perjalanan, Ustaz Haris dan Saudara Faisal mengambil kesempatan menunjukkan Medan Tahrir dan kesan kebakaran besar yang membabitkan pejabat kerajaan Mesir (gambar kanan).

Puan Kamilia (gambar kiri, tengah) sudah kami temui sebelum ini dalam beberapa pertemuan termasuk di Persidangan Suruhanjaya Wanita di United Nation. Beliau yang bergiat aktif dalam sayap wanita Ikhwan Muslimin, turut menjadi calon untuk terlibat dalam pilihanraya umum Mesir baru-baru ini walaupun tidak berjaya. Kami mengambil peluang untuk mendengar perkongsian daripada beliau bagaimana pengalaman keluarga beliau dalam tsaurah.

Suasana yang bermula dengan perhimpunan aman anak muda yang membantah tindakan zalim rejim Mubarak mengasari mereka termasuk membunuh pemuda yang terlibat dalam dakwah dalam Facebook dan sebagainya, terus berubah menjadi suasana kebangkitan.

Rakyat mula turun beramai-ramai untuk berhimpun di Medan Tahrir. Suasana ketika itu memang suasana darurat;  ibu Kamilia yang lanjut usianya, mengibaratkan suasana pada masa itu seperti suasana perang dunia kedua, puluhan tahun yang lepas. Dalam keadaan ingat-ingat lupa, beliau mengarahkan anaknya untuk membeli stok makanan dalam tin dan menutup tingkap rumah dengan warna gelap agar cahaya lampu di dalam tidak kelihatan dari luar.

Apabila suasana tsaurah memuncak sehingga pihak rejim melepaskan banduan untuk membuat onar, merompak dan menakutkan penduduk, membawa unta-unta yang asalnya jadi binatang tunggangan untuk pelancong di piramid ke Medan Tahrir dan menyerang para peserta perhimpunan, mereka tetap bertahan sehingga pertarungan dengan pihak rejim tidak dapat dielakkan dan akhirnya ramai yang gugur sebagai syuhada.

Kamilia juga sempat detik-detik cemas apabila hanya suami dan seorang anaknya pulang dari perhimpunan. Suami Kamilia pengsan beberapa kali. Apabila seorang anaknya yang bernama Yusuf tidak kembali, maka Kamilia sudah menyediakan dirinya untuk menerima khabar syahidnya puteranya itu. Kita boleh bayangkan perasaan dan suasana yang mereka hadapi.

Menjelang tengah malam, Yusuf akhirnya pulang dengan keadaan berlumuran darah di kepala akibat terkena peluru getah yang digunakan rejim.  Cerita-cerita pertolongan Allah kepada para pejuang kebangkitan juga dikongsi antaranya sekumpulan pemuda berjaya menterbalikkan kereta kebal yang dalam kondisi biasa takkan terdaya kudrat mereka melakukannya.

Dalam saat genting, sifat perikemanusiaaan masih menebal di kalangan pemuda-pemuda kebangkitan ini; sebelum meletupkan trak, mereka keluarkan tentera yang memandunya. Ah… seolah-olah kita mendengar kisah sirah sahabat bersama Rasulullah SAW dan sejarah pejuang silam diceritakan kembali.

Tentunya cabaran tidak berhenti selepas tergulingnya rejim. Suasana kehidupan terus menekan. Rakyat Mesir berhadapan dengan krisis demi krisis seperti krisis bekalan minyak dan sebagainya, namun ternyata semangat juang  mereka terus kental.

Pertemuan kami diakhiri dengan Dr Har mencadangkan agar sama-sama berusaha menganjurkan persidangan wanita antarabangsa untuk menangani isu-isu sepunya wanita. Kelihatan Kamilia ligat mencatatkan cadangan ini dalam buku diari di depannya.

[Bersambung ke Bahagian 2]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia