Dr Mohamed Morsi calon Presiden Mesir: Kenyataan bersama IM dan FJP

Rakyat Mesir telah melancarkan suatu revolusi yang diberkati pada Januari 2011 untuk memperoleh kebebasan yang berdaulat dan bermaruah, untuk meletakkan kebenaran dan keadilan, untuk memperbaiki taraf kehidupan, dan menaikkan taraf negara mereka ke peringkat yang selayaknya di kalangan negara-negara lain, di peringkat serantau dan antarabangsa; dan mereka telah menyerahkan pentadbiran negara kepada Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dalam tempoh peralihan tidak melebihi dari enam bulan.

Ini bermakna peranan utama SCAF  ialah untuk memelihara revolusi dan menyediakan suasana yang sesuai agar rakyat dapat memilih perwakilan mereka dalam institusi-institusi berperlembagaan, membentuk sidang dewan melalui proses pilihan raya untuk diamanahkan kepada Dewan Rakyat dan Majlis Syura bagi menggubal perlembagaan baru, memilih Presiden Republik dan membentuk suatu kerajaan yang berdaulat yang mencerminkan kehendak rakyat.

Rakyat telah memilih perwakilan-perwakilan mereka untuk kedua-dua sidang Parlimen – Dewan Rakyat dan Majlis Syura – melalui pilihanraya yang jelas, bebas dan adil. Mereka telah memberi majoriti kepada parti Ikhwan Muslimin iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP).

Walaubagaimanpun, semasa Parlimen bersegera untuk melaksanakan tugas untuk membentuk semula negara dan memenuhi permintaan rakyat, ia telah dicabar oleh kerajaan yang sengaja meletakkan halangan-halangan dan menimbulkan beberapa krisis.

Kemudian, apabila Parlimen meminta SCAF untuk membubar kerajaan dan menugaskan majoriti untuk membina kerajaan campuran, ia enggan dan meneruskan kuasa Kabinet yang telah gagal.

Seterusnya, Ikhwan dan FJP berusaha meyakinkan beberapa personaliti terkemuka untuk bertanding untuk menjadi Presiden tetapi semuanya menolak dengan alasan dan sebab masing-masing.

Maka, Ikhwan Muslimin dan FJP membuat keputusan untuk mengemukakan seorang calon Presiden. Majlis Syura Ikhwan dan Jawatankuasa Kebangsaan FJP mengarahkan Khairat Al-Shater untuk bertanding untuk jawatan Presiden.

Suruhanjaya Tinggi Pemilihan Presiden (Supreme Presidential Electoral Commission –SPEC ) memutuskan untuk menggugurkan Khairat Al-Shater, walaupun beliau berkelayakan dan berupaya menolak, mengikut undang-undang, sebab-sebab yang membawa kepada pengguguran beliau.

Anehnya, SPEC mengabaikan semua pembelaan undang-undang dan dokumen pembuktian dari mahkamah tentera. Oleh itu, Ikhwan Muslimun dan FJP memutuskan untuk meneruskan pertandingan untuk jawatan Presiden dengan mengemukakan seorang calon lain.

Seterusnya, Dr Mohamed Morsi, Pengerusi FJP diberi mandat untuk bertanding. Sudah tentu Ikhwan dan FJP meletakkan sokongan sepenuhnya kepada calon Presiden mereka.

Sedang berlaku serangan yang dahsyat terhadap Ikhwan Muslimun dan semua golongan Islamis di Mesir, demi untuk mengecualikan mereka dari jawatan-jawatan eksekutif – Presiden and Kabinet, dan berusaha menggugurkan mereka dari menggubal Perlembagaan, walaupun secara amnya Islam adalah arus yang popular di Mesir.

Dalam serangan yang ganas ini, penentang-penentang projek Islami ini menggunakan semua media cetak dan penyiaran untuk berkempen berterusan di mana mereka sanggup kehilangan semua profesionalisme and integriti.

Jelas sekali, pertentangan kepada golongan Islamis dan projek Islami secara keseluruhannya adalah berdasarkan fitnah yang terang-terangan, kepalsuan dan pembohongan yang nyata dan mengancam prinsip-prinsip nilai hakikat dan kejujuran, kebenaran dan kebijaksanaan, kesaksamaan dan etika profesional.

Ikhwan Muslimun dan FJP menyeru semua rakyat Mesir, tanpa mengira warna dan kaum, untuk:

1. Bersatu untuk menyempurnakan proses demokrasi yang aman.

2. Menegaskan kehendak rakyat untuk pemindahan kuasa sert amerta kepada penguasa yang dipilih sebelum 30 Jun seperti dijanjikan oleh SCAF.

3. Menyempurnakan pemilihan Presiden, memelihara integriti dan keadilan.

4. Menyeru kepada SCAF untuk melaksanakan kehendak rakyat dan Parlimen dengan membubarkan kerajaan dan menugaskan majoriti Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk membentuk kerajaan campuran.

5. Berdiri teguh untuk Projek Pembaharuan yang disediakan oleh IM dan FJP.

6. Menyokong Dr Mohamed Morsi, calon IM dan FJP dalam pemilihan Presiden yang akan datang; dan memberi kerjasama dengan beliau untuk mencapai pembaharuan sebenar bagi Mesir.

7. Menyertai perarakan jutaan manusia pada Jumaat 20 April bagi mendengar tuntutan rakyat untuk memelihara revolusi Mesir dan kesempurnaan daripada manfaatnya.

8. Mengelakkan tindak balas kepada provokasi mana-mana golongan, agar tidak terpesong dari jalan keamanan yang telah dirintis oleh rakyat Mesir yang mulia pada 25 Januari 2011 dan telah mengagumkan seluruh dunia.

Meskipun apa jua percubaan untuk menggagalkan atau merendahkan revolusi ini, dan cubaan-cubaan untuk menidakkan kehendak rakyat serta harapan dan aspirasi mereka, kami yakin bahawa kemenangan yang terakhirnya adalah untuk revolusi ini.

Kami seterusnya yakin bahawa rakyat kita yang hebat tidak akan meninggalkan revolusi ini walaupun apa jua harga tebusannya.


Ikhwan  Muslimun                           Parti Kebebasan dan Keadilan

Kaherah – 18 April 2012.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia