
Salam Iraq ziarah IKRAM Negeri Sembilan dan Melaka
KAJANG – Salam Iraq buat julung kalinya menziarahi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat (JKPUS) IKRAM Negeri Sembilan dan IKRAM Melaka pada 5-6 Oktober yang lalu, bertujuan untuk bertemu dengan wakil-wakil di negeri-negeri iaitu JKPUS Negeri bagi membincangkan mekanisme terbaik serta berkongsi bahan edaran kepada masyarakat berkaitan Iraq selain bertukar-tukar fikiran bagi melaksana sesi penerangan dan menjana sumbangan kepada rakyat Iraq.




