Seminar Media IKRAM gembleng tenaga rancakkan media dakwah

Seminar anjuran IKRAMedia Pusat dirasmikan oleh Pengerusinya, Hj Mohd Fadzil Saleh yang mengharapkan satu penggemblengan tenaga di kalangan aktivis media IKRAM bagi memastikan segala kemahiran dan teknologi dapat dimanfaatkan untuk dakwah.

Sesi pertama seminar bermula dengan tajuk “Kewartawanan Islam: Idealisme dan Realiti” yang disampaikan oleh Saudara Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily. Sebagai wartawan Islam, beliau menegaskan bahawa mereka mestilah menyampaikan berita dengan fakta yang benar. Ketangkasan dan kepantasan juga penting dalam menyampaikan berita bagi meningkatkan jumlah pembaca.

Dari kiri: Hj Fadzil, Sdr Zulkifli dan Pn Azlin.

Seminar bersambung dengan sesi ke-2 yang bertajuk “Menggapai Impian: TV IKRAM” oleh Puan Azlin Hezri. Beliau membincangkan tentang keperluan untuk mengadakan saluran TV alternatif bagi menyampaikan mesej dakwah di samping memberikan maklumat yang seimbang kepada masyarakat. Beliau turut menunjukkan contoh saluran TV Impian sebagai salah satu TV alternatif yang menggunakan dekoder.

Seterusnya, pada sebelah petang, Amir Farid Sabuddin menyampaikan “Bagaimana Mengambil Foto yang ‘Osem’?” Teknik penting mengambil foto yang ‘osem’ ialah Rule of Third di mana fokus objek mestilah berada di persilangan garis yang dibahagi tiga secara menegak dan melintang. Selain itu, teknik Simplicity, Repetition, Line dan Balance turut mempengaruhi kualiti foto yang diambil.

Kemudian, tajuk “Bagaimana Menulis untuk Dakwah?” telah disampaikan oleh Prof Madya Mohamad Saidy Ismail. Beliau menggariskan konsep asas penulisan berita dan menekankan kewajipan kita melaporkan berita melalui pelbagai media untuk kepentingan dakwah.

Dari kiri: Amir Farid, Mohamad Saidy dan Muhamad Zulkarnain.

Muhamad Zulkarnain Jamaluddin pula menyampaikan tajuk “Bagaimana Menghasilkan Video Yang Baik”. Beliau memperkenalkan peralatan-peralatan asas video dan menerangkan ciri-ciri penghasilan video yang baik iaitu penataan bunyi, pencahayaan, framing dan struktur kandungan.

Biarpun masa terhad, ternyata peserta mendapat pelbagai pendedahan untuk merancakkan liputan-liputan aktiviti IKRAM di pelbagai peringkat hasil perkongsian tentang kewartawanan, medium TV, pengambilan foto dan penghasilan video.

Dalam rumusan dan pelan tindakan pada akhir seminar, setiap wakil media setiap JK Pusat dan JK IKRAMedia perlu menghasilkan satu artikel dan satu video tentang aktiviti IKRAM atau dakwah. Semoga usaha sebegini dapat mengaktifkan perkongsian berita-berita aktiviti IKRAM dan dakwah, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia